++Nukilan Buat Insan Yang Bergelar Sahabat++

Wahai sahabat….tatkala kita kali pertama berjumpa, kita saling memerlukan diantara satu sama lain. Ketika aku merasa kehilangan semangat, kau berjaya menceriakan suasana kehidupanku kembali dan begitu pula jika kau bersedih…kau mengadu padaku, kau luahkan segala-galanya padaku, dan aku sedia serta sudi mendengarkannya. Susah senang, tawa dan tangis, kita tetap bersama-sama merasakannya.

Tapi itu dulu….sekarang segalanya telah berubah. Bila kau telah punya sahabat baru, aku kau pinggirkan. Kau tak endahkan aku, malah menolehku pun kau tak sudi. Aku bukan bermaksud iri hati atau cemburu denganmu wahai sahabat, tak juga ku pinta kau mesti bersamaku setiap masa. Tapi, cukuplah jika sesekali kau menegur sapa aku.atau sekadar bertanya khabarku. Sungguh ku tak sangka wahai sahabat, begini akhirnya bila kau bertemu dengan yang lain.

Sahabat…jika aku punya kesalahan dan kesilapan terhadapmu selama ini, maafkanlah aku. Aku tahu, dalam hidup ini, kita tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan walau ianya hanyalah kesilapan yang kecil…kerana kita bukanlah makhluk yang sempurna. Sahabat…aku mahu kau tahu bahawa aku masih menyayangi dirimu seperti sebelum ini. Aku tak pernah melupakanmu walau mungkin kau telah melupakanku.

Dan sahabat…sekarang ku mengerti, bahawa kesetiaan itu perit dan memakan diri sendiri. Tapi aku masih setia menjadikan kau sahabatku walau hatiku tercalar…

Advertisements