Posted on

KISS FROM A ROSE – Bhg 1

Kementerian Pertahanan, Kem Bolkiah, 1230 Jam.

Baru sahaja hendak menghirup cafè lattè panas-panas, tiba-tiba sahaja mendapat panggilan dari Officer Commanding menyuruhnya untuk bersiap pada jam 2 petang nanti. Belum pun panas punggungnya duduk diatas sofa didalam mess pegawai tersebut.

“Hai, apalah nasib badan hari ni. Dah lah bangun seawal 2 pagi, datang pula detail baru menyuruh standby jam 2 petang ni nanti” rungut Leftenan Daniel Ezanny sambil meneguk cafè lattènya yang mulai sejuk.

Leftenan Daniel Ezanny atau lebih dikenali sebagai Ezan dikalangan rakan-rakannya telahpun memulakan tugas rasminya sebagai seorang pegawai tentera pada setahun yang lalu sebaik sahaja dia tamat menjalani kursus asas pegawai kadet di Sekolah Pegawai Kadet Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei di Perkhemahan Sungai Akar. Amat berminat dalam dunia gerakan khas pasukan tentera, dia membuat keputusan untuk memohon sebagai pegawai didalam unit Rejimen Pasukan Khas. Kini genaplah 6 bulan dia berada didalam unit tersebut.

“Ewah, ewah! Dah pandai pula kau merungut ya? Tu lah, kenapa gatal sangat nak pilih kerja ni kalau tak tahan” bidas Leftenan Adi Amiruddin atau Adi, rakan sekerja Ezan sambil menghirup jus epalnya.

“Bila masa aku tak tahan ni? Dah aku minat kerja ni memanglah aku apply. Ye la, ye la. Lepas ni aku tak merungut lagi” balas Ezan seterusnya membaling kertas kosong yang telah direnyuknya kepada Adi. Adi lantas mengelak lalu mengekek ketawa.

Tengahari itu mereka benar-benar menikmati masa rehat mereka sebelum kembali menjalankan tugas mereka pada tepat jam 2 petang nanti.

Ibu Pejabat Polis, Pasukan Polis DiRaja Brunei, Gadong, 1230 Jam.

Matanya sekejap terarah ke skrin komputer, sekejap pula pada isi-isi didalam fail yang diberikan padanya. Dia sibuk dengan kerja-kerjanya sehingga lupa akan waktu rehat tengahari. Tiba-tiba pintu bilik pejabatnya diketuk.

“Kau tak rehat makan lagi ke?” wajah Inspektor Adrianna tersembul di pintu dan terus menghamburkan sebuah pertanyaan.

“Sekejap lagi. Kau pergilah makan dulu Anna, aku menyusul kemudian okey?” balas Inspektor Emira Zahra tanpa memandang Inspektor Adrianna atau lebih dikenali sebagai Anna. Anna mengeluh perlahan.

“Zahra, cukup-cukuplah dulu kerja kau tu. Jangan biarkan perut tu kosong. Nanti kalau kau jatuh sakit siapa juga yang susah? Jomlah, pergi sama-sama. Tak best pula kalau kau ketinggalan sorang” ajak Adrianna tanpa mahu beralah.

Inspektor Emira Zahra atau Zahra terhenti membuat kerja-kerjanya lalu merenung wajah rakannya yang setia menanti di muka pintu bilik pejabatnya. “Ye la mak nenek. Aku nak pergi la ni, nanti makin panjang pula ceramah kau tu kalau aku tak join sekali” seloroh Zahra. Anna memuncungkan mulutnya pada Zahra sehingga tawa Zahra berderai melihatnya. Dengan pantas, Zahra mengemas mejanya dan menutup segala suis elektrik didalam pejabatnya sebelum keluar. Hari ini dia terpaksa meninggalkan sebentar kerja-kerjanya untuk keluar makan tengahari bersama rakan-rakannya.

Zahra, seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor yang telah memulakan tugasnya pada 8 bulan yang lalu. Pada mulanya dia hendak ditempatkan di bahagian Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu-Lintas tetapi dia memohon pertukaran ke unit Skuad Gerakan Khas Polis DiRaja Brunei memandangkan dia begitu berminat terhadap sebarang kegiatan-kegiatan yang lasak dan mencabar baginya tambahan pula tidak ramai wanita yang memasuki unit tersebut. Dia sememangnya wanita yang berjiwa agresif dan ‘tahan pukul’.

“Macam tu la rakan. Bukannya senang nak ajak kau ni keluar makan tengahari sama-sama. Selalu asyik dengan kerja kau saja. Kalau tak menghadap skrin komputer dan fail-fail tu, asyik-asyik sibuk dengan exercise luar pula. Hish!” Anna membebel sebaik sahaja Zahra melangkah keluar dari pejabatnya.

“Dah tugas la kan, nak buat macamana. Kalau aku tangguh alamat tak siap sampai bila-bila kerja aku tu. Ni ha, kalau tak sebab mak nenek sorang ni memblast aku, dah sure aku tak keluar ni tau” sempat lagi Zahra mengusik Anna. Sebaik sahaja Anna terdengar dirinya digelar ‘mak nenek’ kali kedua, tangannya dengan pantas mencubit lengan Zahra. Zahra mengaduh kesakitan tapi ketawa selepas itu.

“Lagi sekali aku dengar kau panggil mak nenek, aku tonyoh mulut kau tu dengan kasut aku ni ha” Anna menunjukkan kasutnya pada Zahra. Sekali lagi tawa Zahra berderai sambil menggeleng kepalanya.

Mereka berdua terus berjalan menuju ke kereta Anna. Buat pertama kalinya Zahra menerima ajakan rakannya untuk keluar bersama setelah beberapa kali menolak ajakan mereka selama ini. ‘Tak salah juga kan sesekali tu lepak bersama mereka?’, benak Zahra sempat bermonolog sendiri.

Posted from WordPress for Android

Advertisements

About shazran

Art lover, science and tech geek

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s