Posted on

KISS FROM A ROSE – Prolog

Keadaan sangat tegang dan memerlukan tindakan yang pantas. Lambat sedikit bermakna nyawa mereka akan melayang. Dalam situasi genting itu, sempat pula dirinya tertanya sendiri apakah ini namanya takdir? Mereka dipertemukan didalam situasi begini?

‘Jangan berangan Ezan, jangan berangan! Ini bukan masanya kau nak bermonolog sendiri!’ benaknya membidas perlakuannya.

Di hadapannya, Zahra berusaha bertungkus-lumus membawa para tebusan itu pergi dari situ. Keselamatan dan nyawa mereka terletak ditangan pasukan-pasukan mereka berdua! Mereka tak boleh lalai walau sesaat dan tak boleh melakukan sebarang kesilapan kerana mereka tahu akan akibat yang akan mereka tanggung kemudian hari. Dia mesti menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin.

“Kau ni kenapa? Cepat, tolong aku! Jangan pula nak berangan sana tu!” jerkah Zahra, membuatkan lamunan Ezan berkecai.

“Kau kalau cakap okey sikit, tak boleh ke?” balas Ezan sambil tangannya lincah membuka segala ikatan yang dikenakan oleh para penjenayah ke atas setiap tebusan tersebut sebelum mereka dibawa lari ke pengkalan pasukan mereka. Zahra menjelingnya lalu merengus.

“Tuan Daniel Ezanny, ini bukan masanya untuk bercakap okey atau tidak tapi kita kena bertindak secepat mungkin sebelum penjenayah-penjenayah tu mendapati kita. Atau kau nak semua tebusan ni mati dan kita dihukum seumur hidup?” balas Zahra dengan rasa geram berbuku di dada.

Belum sempat Ezan menjawab kata-kata Zahra, tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan diluar bilik tersebut. ‘Mereka telah sampai??’ fikir Ezan. Dadanya berombak laju. Begitu juga Zahra yang sudah kelihatan cemas tapi tetap tenang dalam melakukan tugasnya.

Alpha team! Report!” arah Ezan kepada pasukannya melalui walkie-talkienya.

Three T’s down! I repeat, three T’s down! Dua T’s terlepas dan menuju ke atas!” kedengaran balasan dari pihak pasukan Ezan di walkie-talkienya. Belum pun sempat Ezan menjawabnya, pintu bilik tersebut ditendang dengan kuat dari luar sehingga terbuka luas. Kelihatan dua orang lelaki memakai pakaian serumpun hijau tua lengkap bertopeng berbentuk tengkorak dan mengacukan pistol mereka kepada Ezan dan Zahra.

Dengan pantas, Ezan mengeluarkan pistolnya dan menembak salah seorang dari mereka sehingga rebah. Malangnya seorang lagi sempat melepaskan satu das tembakan sebelum sempat ditembak oleh Zahra dan seterusnya sempat melarikan diri. Ezan terkejut dan kaku tiba-tiba.

“Zah…ra…”

Posted from WordPress for Android

Advertisements

About shazran

Art lover, science and tech geek

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s