Posted on

KISS FROM A ROSE – Bhg 2

Villa Indah, Kampong Tanjung Bunut.

Berteleku, termenung, kadangkala merengek sendiri, begitulah keadaannya sedari tadi. Adakalanya dirinya seperti diamuk badai yang tak tentu haluan. Ibunya yang sedari tadi berdiri di muka pintu biliknya hanya menggeleng melihat perlakuan anak daranya itu. Dia tidak sedar akan kehadiran ibunya didalam biliknya.

“Darling, kenapa ni resah semacam ni? Dari tadi mummy lihat darling macam ni, naik risau mummy melihatnya tau?” pujuk ibunya perlahan sambil mengusap-usap rambut perang dan ikal mayang anak kesayangannya tersebut.

Mummy! Kenapa Ezan tu asyik-asyik nak menolak ajakan darling saja? Tiap kali darling nak ajak dia pergi dinner atau shopping, mesti dia reject tau? Asyik-asyik beri alasan sibuk dengan kerja dia saja!” dia merengek meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya pada ibunya.

Ibunya mengeluh mendengar luahannya. “Darling, dah berapa kali mummy menasihati darling kan supaya lupakan saja Ezan tu. Tapi darling degil sangat, nak juga bertemankan dia. Apa bestnya bertemankan anggota tentera ni? Lagipun darling pasti dia mahukan darling?.” Dia terdiam sebentar mendengarkan kata-kata ibunya itu.

Mummy, darling sayangkan dia sangat-sangat, tau tak? Lagipun kenapa pula persoalkan tentang tentera? Darling pasti dia mahukan darling! Bila masa lelaki pernah menolak bertemankan darling? Apa, darling ni tak cukup cantik?” dia dengan yakinnya meluahkan kata-kata tersebut tanpa sekelumit pun rasa ragu.

Ibunya tersenyum mendengarkan luahan hati anak kesayangannya itu. Direnungnya seraut wajah dan seluruh fizikal anaknya. Memang tiada cacat-celanya. Ditambah pula anak daranya itu pandai bergaya orangnya. Kening indah terletak, hidung mancung, bibir merah merekah, mata bulat seperti guli, wajah persis aktres Hindi cukup dengan ketinggian seperti seorang model dan berkulit cerah. Memang menggoda dan rasanya, mana-mana lelaki yang melihatnya pasti akan tertawan melihatkan kecantikan yang ada pada dirinya. ‘Tapi begitu jugakah budak yang bernama Ezan tu?’ tiba-tiba benak sang ibu mempersoalkan tindakan Ezan.

Mummy! Kenapa pula diam ni? Apa, darling cakap tu salah? Tak betul?” seperti orang merajuk saja nada suaranya. Ibunya merapati dirinya seterusnya memaut bahunya dengan lembut.

“Anak mummy yang sweet yang bernama Liz ni, mummy tak cakap apa yang darling katakan tu tak betul tapi mummy mahu darling fikirkan apa yang terbaik buat diri darling. Ramai lagi lelaki lain yang boleh darling cari selain Ezan tu. Dan ramai lagi lelaki lain yang punya pekerjaan lebih menjamin masa depan. Mummy mahukan yang terbaik buat darling dan mummy mahu melihat darling sentiasa bahagia. Darling tahu kan bagaimana sayangnya mummy pada darling?” Liz mengangguk perlahan, mengiyakan kata-kata ibunya tersebut.

“Dah la tu. Tenangkan diri ya? Usah terlalu ikutkan hati dan usah dikenang sangat Ezan tu. Comotlah anak mummy ni kalau bermuram saja.” Ibunya sempat mencuit pipi anak kesayangannya itu. Liz tersenyum manja.

“Ye la mummy. Sayang mummy sangat-sangat!.” Dia merangkul leher ibunya dan seterusnya menghadiahkan sebuah kucupan manja di pipi ibunya. Ibunya tersenyum lebar dan megeluh kelegaan melihatkan Liz kembali ceria. Selepas selesai memujuk Liz, ibunya meminta diri untuk beredar dari bilik Liz dan keluar menuju ke tingkat bawah.

Sebaik sahaja pintu bilik Liz ditutup dari luar, ibu Liz berhenti seketika sebelum meneruskan langkahnya menuruni anak tangga. ‘Aku tak nak bermenantukan anggota tentera! Jangan harap aku lepaskan Liz dengan si budak tentera tu!.’ Nekad ibu Liz didalam hati sambil matanya terarah ke pintu bilik Liz. Sesungguhnya dia amat membenci anggota tentera atau mana-mana anggota berpakaian seragam. Baginya, kerja mereka tak lebih seperti sampah yang tiada nilainya!

Kampong Beribi, 2025 Jam.

Seronok sungguh rasanya dapat merebahkan badan diatas katil empuk. Sejak-sejak kebelakangan ini jarang rasanya dia merasakan sebegini nyaman disebabkan kesibukan menjalankan tugas yang kadangkala tidak menentu masa. Paling teruk apabila dia disuruh standby pada awal subuh seperti yang telah dilakukannya hari ini. Penat teramat sangat! Tapi pada ketika ini dia amat bersyukur kerana dia berkesempatan lagi untuk melepaskan kelelahan dan kepenatan selama 3 minggu. Sekarang, dengan rasminya dia memulakan percutiannya. Dalam benaknya dia mulai merancang berbagai aktiviti untuk mengisi masa cutinya. Semestinya aktiviti bersenam di gym termasuk dalam perancangannya.

Dalamnya mengelamun sendiri memikirkan rancangannya, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Satu mesej diterima. Dia bangun dari pembaringannya, lantas mengetik dan membaca mesej tersebut.

“Liz? Hmm…tak habis-habis lagi dia ni.” Dia meletakkan semula telefon bimbitnya ke atas meja berdekatan katilnya lalu berbaring semula tanpa membalas mesej dari Liz tersebut. Benaknya tiba-tiba menjadi berserabut. Dengan pantas, tangan kanannya memicit dahinya perlahan, pening memikirkan mesej tersebut.

“Kenapa pula aku? Apa sebenarnya yang dia nak? Boleh naik gila aku jadinya kalau dia berterusan begini” Ezan berkata-kata sendiri. Dia berasa rimas dengan kelakuan Liz yang sering memaksa untuk menemaninya berjalan. Paling menyakitkan kepalanya apabila Liz berbelanja sampai tak ingat dunia. Sesungguhnya kehadiran Liz dalam hidupnya adalah amat menyesakkannya. Dia mesti mencari jalan bagaimana hendak melepaskan diri dari Liz.

Liz, atau nama sebenarnya Amy Eliza, merupakan bekas rakan sepengajian Ezan semasa mereka masih bergelar mahasiswa Universiti Brunei Darussalam. Liz begitu meminati Ezan sejak di tahun 2 pengajian mereka tetapi bagi Ezan, Liz tidak lebih dari sebagai seorang rakan. Dia tak pernah meminati mana-mana wanita walau berduyun-duyun yang ingin bertemankan dirinya. Baginya ketika itu, pengajian dan masa depannya adalah segalanya. Dia hanya fokus pada 2 perkara tersebut. Sampai kini pun dia masih belum berteman walaupun dia sudah berkerjaya. Hatinya masih belum terbuka untuk mana-mana wanita. Atau mungkin masih belum menemui wanita yang sesuai dengan keinginannya?

Ezan mengeluh. ‘Apa yang patut aku buat sekarang?’ bicara mindanya. Dia berterusan berfikir sehingga akhirnya tanpa disedari, dia terlena sehingga keesokan pagi.

Posted from WordPress for Android

Advertisements

About shazran

Art lover, science and tech geek

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s