Posted on

KISS FROM A ROSE – Bhg 3

Taman Peranginan Tasek Lama, Bandar Seri Begawan, 0630 Jam.

Pagi itu cahaya matahari terbit seawal jam 5.45 pagi lagi. Hari begitu cerah ceria dengan kehadiran sang suria di angkasa biru. Keadaan hari itu sangat sesuai untuk melakukan sebarang aktiviti luar dan beriadah. Zahra yang telahpun berada disana sejak jam 6.15 pagi lagi bersiap sedia untuk melakukan aktiviti hiking dan larian selepas melakukan pemanasan badan selama 15 minit. Dia membetulkan letak tudungnya dan pakaiannya serta memastikan semua barang-barang keperluan untuk hiking ada didalam backpack yang dibawa bersamanya. Setelah semuanya selesai, dengan lafaz bismillah, dia pun memulakan langkahnya mendaki bukit menuju ke menara peranginan. Dari brisk-walk, dia menukar langkah dengan melakukan larian mendaki bukit. Sedang dia asyik berlari, tiba-tiba…”Dup!”

“Aduh!” Zahra mengaduh kesakitan apabila bahu kanannya dirempuh seseorang. Dia mengangkat kepalanya dan melihat orang yang melanggar bahunya dengan wajah yang menyinga. Lelaki rupanya! Ni mesti nak membuli orang ni!

“Kau ni kenapa ha? Mana kau letak mata kau tu? Atau sengaja buat-buat tak nampak??” Zahra memuntahkan serangan bertubi-tubi kepada lelaki tersebut. Hatinya sangat panas ketika itu. Rasanya kalau disukat suhu kepanasan hatinya menggunakan thermometer saat itu, boleh pecah berderai thermometer tersebut disebabkan suhu kepanasan yang lebih dari sukatan yang ada.

Sorry la cik, saya tak sengaja. Saya betul-betul tak nampak cik di depan saya tadi” lelaki tersebut memohon maaf kepada Zahra dengan wajahnya yang selamba. Hati Zahra semakin berang melihatkan reaksi lelaki itu tetapi dia terpaksa menahan rasa sakit hatinya dan menahan diri dari berterusan menyerang lelaki tersebut. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja lelaki tu mencacak disilatnya.

“Lain kali mata tu simpan kat depan!” balas Zahra. Setelah itu Zahra cuba meneruskan lariannya semula tanpa mempedulikan lelaki tersebut. Manakala lelaki tersebut masih berdiri tegak, memandang Zahra yang sudah memulakan semula lariannya.

“Cik ni manis orangnya, tak dapat disangkal. Tapi sayangnya bermulut puaka, tak ngam dengan penampilan” Sempat juga lelaki itu mengutuk Zahra dengan suara yang agak kuat sehingga didengari oleh Zahra. Berdesing telinga Zahra mendengarnya lalu menghentikan lariannya dan berpaling menoleh kepada lelaki tersebut dengan wajah yang mencuka. ‘Dah baik aku tak nak teruskan serangan aku, kau pula yang memintanya ya??’ getus hati Zahra. Geram.

“Kau, kalau kau tak ada kata-kata yang baik nak dicakapkan, boleh diam saja lah. Tak payah nak kutuk aku lebih-lebih! Berlagak!” marah Zahra sambil mengacukan jari telunjuknya kepada lelaki tersebut. Sebaik sahaja Zahra selesai menghamburkan kemarahannya kepada lelaki tersebut, dia terus berpaling ke hadapan dan berlari selaju-lajunya, meninggalkan lelaki tersebut. Malas dia hendak bertekak lagi dengan lelaki yang dianggapnya ‘kurang siuman’. Betul-betul membuang masanya!

Lelaki itu merengus perlahan. Belum pun sempat dia membalas kata-kata Zahra tadi, Zahra sudahpun laju meninggalkannya. Tetapi dia sendiri pun malas hendak meneruskan ‘perang sabil’ tersebut. Kalau diteruskan juga, mahunya ada yang makan tidur disitu jadinya. Alamatlah menyimpang ke lain tujuannya ke situ. Dia mengeluh. Dalam pada itu, ada sesuatu yang menarik perhatiannya terhadap wanita tersebut. Lain daripada yang lain! Ganjil! Pelik! Berbeza! Apa lagi perkataan-perkataan yang sesuai untuk dilabel pada wanita tersebut? Dia dapat merasakan wanita tersebut tak seperti wanita-wanita yang biasa dilihatnya selama ini. Yang ini agresif, kasar, lagaknya macam lelaki dan yang penting, dari pandangan matanya, dia bukanlah jenis yang suka ‘memandang’ mana-mana lelaki. Hati kering! Tapi dalam pada itu, dia dapat melihat sebuah kelembutan dan sifat-sifat kewanitaan yang terselit dan tersembunyi disebalik personaliti yang kasar itu. Dia tahu.

“Pap!” Tiba-tiba sahaja dia menepuk dahinya sendiri. “Apa yang kau mengarut ni Ezan? Sejak bila pula kau jadi nujum pak belalang ni?” Dia, Ezan, seperti baru tersedar dari mimpi, cuba untuk meneruskan lariannya yang tergendala sebentar tadi. Kalau diikutkan rasa hati, tak sampai nanti ke destinasi yang dituju. Hari ini dia mahu menjelajah Bukit Sarang Helang seterusnya Bukit Markucing di Kampong Subok sepuas-puasnya.

Coffee Bean & Tea Leaf, Times Square, Berakas, 1300 Jam.

Hendak makan yang heavy, tak lalu pula rasanya walaupun sudah masuk tengahari. Perutnya tak menerima sebarang makanan yang berat seperti nasi pada ketika ini, jadi dia mengambil keputusan untuk membasahi tekak dan memakan makanan yang ringan sahaja. Hari ini dia berkesempatan untuk singgah ke tempat ini lagi setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke sini. Semasa bertugas, walaupun kadangkala dia berurusan di Kem Bolkiah tetapi dia tidak punya masa untuk singgah ke sini. Seperkara yang dia tidak suka tempat ini adalah tempat letak keretanya yang terhad. Hari ini sahaja dia membuat 5 kali pusingan semata-mata untuk mencari letak kereta yang kosong. Hanya kali kelima baru dia mendapatkannya, itupun hampir-hampir saja dia berputus asa.

Sedang dia mengelamun seorang diri, tiba-tiba dia terdengar pelayan kafe tersebut memanggil namanya. Dengan pantas, dia berjalan menuju ke kaunter khas untuk mengambil makanan dan minuman yang dipesannya tadi. Setelah itu, dia menuju ke mejanya semula dan mulai menikmati Ice Blended White Chocolate dan Carrot Cakenya dengan begitu berselera. Dalam pada itu, mindanya tiba-tiba terarah kepada kejadian pagi tadi. Wanita itu! Hatinya tiba-tiba bagai digaru-garu untuk mengetahui lebih lanjut siapa gerangan wanita tersebut.

‘Bagaimana? Dari mana aku nak mulakan?’ hatinya bermonolog sendiri. Dia tidak tahu kenapa tiba-tiba dia ingin mengetahui latar belakang wanita tersebut. Tapi apa yang pasti, baginya wanita tersebut unik. ‘Wanita yang tak seperti seorang wanita’ fikir benaknya.

Bunyi derap kasut sepertinya kasut bertumit tinggi sedang menghampiri mejanya. Tanpa disedari, mejanya diketuk oleh seseorang lalu dia mendongakkan wajahnya, melihat siapa gerangan orang tersebut. Dia terkejut melihatkan orang itu.

” Hai sayanggg!”

Ah, dia lagi!

Posted from WordPress for Android

Advertisements

About shazran

Art lover, science and tech geek

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s