PENDAMPING

Suasana gelanggang malam ini agak riuh. Ramai pesilat yang punya kelapangan waktu, lalu turun ke gelanggang untuk berlatih. Guru-guru muda, guru-guru serta mahaguru juga turut berada di sana untuk melatih dan memantau latihan para pesilat, terutama sekali pesilat-pesilat baru.

Aku bukanlah seorang yang baru berkecimpung dalam dunia persilatan ini. Aku mula bersilat dari sejak bangku sekolah rendah lagi, ketika aku dalam darjah empat. Ketika itu, aku diajar sebuah jurus dari tanah seberang yang terkenal dengan keampuhannya. Itu kata para pesilat lama. Aku tak tahu. Aku hanya tahu bersilat, bersilat dan bersilat. Setelah aku melangkah ke alam remaja, aku mengikuti sebuah perguruan silat yang bertahan sehingga aku di tahun ketiga pengajianku di universiti. Masuk tahun ke empat, aku mengambil keputusan untuk keluar dari perguruan tersebut seterusnya mengikuti perguruan lain pula. Alasannya? Tempat latihan perguruan lama tersebut agak jauh dari tempat tinggalku sekarang, jika dibandingkan dengan tempat perguruan baru ini. Jadinya terpaksalah aku mempelajari sedikit demi sedikit segala jurus dan bunga persilatan perguruan yang baru ini dari awal, memandangkan ianya agak berlainan dari apa yang telah ku pelajari dari perguruanku yang lama.

Aku berlatih dengan tekun dan menuruti setiap langkah yang diajarkan oleh seorang guru muda perguruan. Aku masih belum merasa letih atau merasa haus. Di saat pesilat-pesilat lain ada yang berehat seketika dan meminum air, aku masih meneruskan latihanku sehingga aku benar-benar dapat membuatnya dengan baik, tangkas dan tepat. Setelah aku betul-betul berpuas hati dengan apa yang aku lakukan, barulah aku berhenti seketika untuk merehatkan diri.

“Bagaimana dengan latihan kamu, Fif?”.

Lamunanku berkecai sebaik pertanyaan tersebut diajukan kepadaku. Aku menoleh kepada yang empunya suara.

“Oh, guru. Semuanya beres, guru. Saya dah mampu membuat semua langkah yang diajarkan kepada saya setakat ini.” Jawabku sambil tersenyum.

Guru memandangku dan membalas kembali senyumanku.

“Bagus. Guru tahu kamu memang salah seorang pesilat yang cekap, tangkas dan cepat menangkap segala ajaran guru. Dan guru juga tahu yang kamu juga pernah bersilat sebelum ini. Jadinya, guru pinta kamu bermain serang dan bela bersama beberapa orang pesilat lain pula selepas ini. Tapi sebelum itu, guru ingin melihat langkah-langkah bunga persilatan kamu terlebih dahulu. Kamu tidak ada masalah dengan itu?” Guru mengajukan pertanyaannya setelah memberitahuku akan apa yang hendak aku buat selepas ini.

“Ya, guru. Saya tidak ada masalah. Saya akan lakukannya sekarang.” Balasku, seraya terus berdiri dan meletakkan botol air yang tak habis aku minum di atas sebuah bangku kayu tak jauh dariku.

“Bagus, Fif. Sekarang, guru mahu kamu tunjukkan bunga persilatan yang sudah kamu pelajari itu.” Arah guru.

Aku berdiri tegak di hadapannya, lalu memberi salam perguruan sebagai tanda hormat pada guru. Setelah itu, tanpa membuang masa, aku terus mengatur pergerakanku untuk membentuk bunga persilatan perguruan yang baru dua minggu aku pelajari ini. Aku pastikan bahawa setiap pergerakanku tepat, kemas dan bertenaga. Setelah selesai membuat bunga persilatan, sekali lagi aku memberi salam perguruan sebagai penutup. Aku melihat guru menapak menuju ke arahku lalu menepuk bahu kananku perlahan.

“Pergerakanmu sangat cantik dan mantap, walaupun kamu berada di sini baru dua minggu. Guru berniat ingin memasukkan kamu dalam penamatan peringkat pertama pada hujung bulan ini. Bagaimana? Kamu setuju?” Soal guru kepadaku.

Mendengarkan cadangan guru itu, aku tersenyum lebar. Aku dah layak untuk mengikuti penamatan peringkat pertama! Aku dapat merasakan semangatku menjulang tinggi ketika itu.

“Jika begitulah niat dan cadangan guru, saya menuruti saja. Saya tiada masalah, guru.” Jawabku dengan hati yang berbunga riang.

Guru menepuk bahuku lagi.

“Cantik. Guru akan masukkan nama kamu dalam senarai pesilat yang akan mengikuti penamatan peringkat pertama nanti. Baiklah. Sebentar lagi kamu akan bermain serang dan bela pula dengan tiga orang pesilat lain. Kamu duduklah dahulu. Nanti kamu akan dipanggil ke tengah gelanggang.” Balas guru lalu berlalu dari situ dan menuju ke tempat para guru berkumpul. Mereka kelihatan berbincang sesama mereka.

Aku kembali duduk di atas bangku kayu tidak jauh dari kedudukanku. Air mineral yang ku hirup sehingga tinggal sedikit cuma itu ku habiskan. Sambil minum, sambil itu juga mataku terarah kepada beberapa orang pesilat wanita yang sedang berlatih di satu sudut penjuru gelanggang. Gelanggang tu kan luas. Sudut tu jugaklah yang mereka pilih. Aduh…

Tiba-tiba mataku tertangkap satu bayangan hitam yang melintas laju di satu sudut tidak jauh dari para pesilat wanita tersebut. Aku pantas menoleh ke sudut itu. Tak ada apa-apa pun di sana. Hmmm…mungkin sekadar ilusiku sahaja. Atau mungkin bayangan yang terhasil dari pantulan cahaya lampu gelanggang itu? Ya. Mungkin saja. Aku tak nak fikirkan apa-apa yang ganjil dan mengarut.

“Dipersilakan Afif untuk tampil ke tengah gelanggang sekarang.”

Aku terdengar namaku disebut seseorang. Oh, guru muda rupanya. Tanpa berlengah lagi, aku terus berdiri dan menapak menuju ke tengah gelanggang, lantas memberi sembah salam kepada guru muda, guru-guru yang ada serta para pesilat keseluruhannya. Tak lama selepas itu, nama tiga orang pesilat yang akan berentap dengan aku pula yang dipanggil ke tengah gelanggang. Kami saling berbalas sembah. Jadinya, mereka inilah ‘lawan’ku selepas ini. Nampak ada fight memandangkan fizikal mereka tegap dan agak sasa.

Sebelum permainan bermula, kami diberikan sedikit penerangan tentang permainan serang dan bela serta peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua pesilat yang terlibat. Kami mengangguk tanda faham. Setelah selesai diberikan penerangan, mainan serang dan bela pun bermula. Aku membuka langkah sikap pasangku sebagai tanda aku bersedia. Dalam permainan ini, aku dikehendaki untuk membela diri dan menyerang balas sahaja, tetapi aku tak boleh menyerang mereka terlebih dahulu. Jadi aku hanya menanti serangan dari mereka bertiga.

Aku tak pasti, serangan balas ke berapa bilamana tiba-tiba sahaja aku terasa jiwaku seperti merusuh. Aku terasa jiwa dan mindaku seperti diselaputi kegelapan. Seperti ada satu kuasa ghaib yang lain telah meresap dan merasuki jasadku. Ketika itu, mainanku tiba-tiba saja bertukar. Segala pergerakanku bertukar ‘kencang’. Aku seperti sedang berhadapan dengan musuh yang sangat berbahaya sehingga aku mengunci lawanku dengan kuat dan kedengaran erangan dari mulutnya, tanda dia kesakitan. Aku seperti manusia yang hilang waras dan keadaan ketika itu bertukar menjadi kecoh. Aku hilang kawalan. Dari sekadar permainan, menjadi sebuah perlawanan berdarah. Tiba-tiba aku terasa tengkukku dihentak kuat. Aku tersungkur lalu pandanganku bertukar menjadi hitam.

Beberapa minit kemudian, aku membuka mataku perlahan. Setelah aku sedar sepenuhnya, aku bangkit dari pembaringanku lalu duduk. Aku berada di atas lantai yang beralaskan tilam tebal. Di sekelilingku terpasang kelambu. Aku di mana ni? Seperti di dalam sebuah rumah kampung yang lama. Apa yang pasti, ini bukan rumahku. Aku pantas berdiri dan keluar dari dalam kelambu tersebut. Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu bilik lalu membukanya. Sebelum keluar dari bilik tersebut, aku sempat menjengah kiri dan kanan di kawasan luar bilik. Setelah aku pasti tiada sesiapa di sana, aku terus melangkah keluar bilik lalu menapak menuju ke ruang utama rumah itu. Memang sah rumah itu rumah kampung. Cuma aku tak tahu siapa tuan rumah ini.

Setelah berada di ruang utama rumah, aku ternampak kelibat seseorang di kawasan dapur. Dapur tersebut terletak di tingkat bawah dan terpaksa menuruni beberapa anak tangga lagi, tapi kelihatan dari ruang utama. Aku cuba menghampiri ruang dapur itu perlahan-lahan untuk melihat siapakah gerangan orang itu. Nampak seperti seorang nenek tua yang sedang membelakangkan ruang utama. Aku hanya nampak belakangnya serta rambutnya yang dipenuhi uban. Aku tak tahu aoa yang sedang dibuatnya di dapur itu. Aku tak nampak ada masakan yang belum siap bermasak hendak ditunggunya. Dikatakan dia baru selesai makan, tak ada tanda pula dia. Tak ada bekas pinggan kotor di atas meja makan atau di singki. Pinggan yang tersimpan di rak juga semuanya kering. Aku tak nampak sebarang pergerakan nenek tua tersebut, tapi aku dapat menangkap bunyi suaranya seperti menyanyi-nyanyi kecil. Aku cuba memicingkan telingaku untuk mendengar bait-bait lirik nyanyian yang dinyanyikannya dengan suara yang agak tersekat itu.

Lingsir wengi sliramu tumeking sirno
Ojo Tangi nggonmu guling
Awas jo ngetoro
Aku lagi bang wingo wingo
Jin setan kang tak utusi
Dadyo sebarang
Wojo lelayu sebet

Lagu apa tu? Bunyinya seperti dalam bahasa Jawa. Haram satu patah perkataan pun aku tak faham maknanya. Tapi aku terperasan sesuatu. Semakin lama nenek itu menyanyikannya, aku mula terdengar suara nenek itu seperti saling bertindih dengan suara lain; seorang wanita muda menyanyi dengan suara yang agak perlahan dan mendayu. Dengan tidak semena-mena, kepalaku terasa berdenyut. Aku terasa seperti pening ketika itu. Nafasku dirasakan mula tak teratur. Aku mula mengatur langkahku menjauhi ruang dapur itu. Tiba-tiba kakiku tersadung sesuatu lalu aku pun rebah menyembah lantai. Aku cemas. Aku takut kehadiranku berdekatan ruang dapur itu disedari oleh nenek tua itu, lalu aku bangkit semula membuka langkah menuju ke pintu utama rumah. Aku membuka pintu itu sepantasnya. Aku hendak keluar dari situ. Baru sahaja aku memijak beberapa buah anak tangga rumah, tiba-tiba langkahku terhenti. Aku terpaku melihat benda yang berada di hadapanku ketika ini.

Nenek tua yang aku lihat di dapur tadi! Kali ini dia bersama seekor serigala yang agak besar, berwarna hitam dan berkilat di sisinya. Matanya pula merah bak biji saga. Binatang itu kedengaran menderam. Seperti biasa, dia tetap membelakangiku, sepertimana yang dilakukannya di dapur tadi. Bagaimana dia boleh bergerak dengan sebegitu pantas? Kakiku terasa bagai dilantak dengan paku. Aku seperti tak mampu menggerakkan seluruh tubuhku ketika ini. Tiba-tiba, nenek tersebut berpaling perlahan-lahan menghadapku. Allah…sungguh aku tak sanggup melihat wajahnya. Kulit wajahnya terjuntai dan menghitam. Mata kanannya memutih manakala sebelah kiri langsung tak bermata. Kosong dalam kelopaknya. Bibirnya pula seperti terkoyak di sebelah kiri, sehingga tertonjol gusi dan taringnya. Degupan jantungku terasa berdetak laju bagaikan orang yang baru saja selesai berlari.

“Cucu takut ya? Heheheheee.” Soalan dan tawa ejekannya kedengaran.

Aku masih terkaku. Tak mampu bergerak dan paling parah, tak mampu bersuara. Hanya mataku yang mampu ku gerakkan, memerhati nenek tua itu dan serigalanya.

“Cucu jangan takut. Nenek dan dia ni sudah lama bersama cucu. Cucu saja yang mengabaikan nenek. Heheheheee.” Sambungnya lagi sambil tangan kirinya membelai kepala serigala tersebut.

Sudah lama bersama aku? Sejak bila pula? Tak pernah pun aku nampak dia sebelum ni.

“Atok cucu yang mahukan nenek dan dia ni menjaga cucu semasa cucu bersilat. Atok cucu kata, dia nak nenek kuatkan cucu dan tolong cucu bila diserang. Nenek dah tunaikan bersama dia ni. Heheheheee.” Nenek itu menyambung lagi kata-katanya.

“Tapi, gelanggang baru cucu tu memang jahanam! Menyusahkan nenek dan dia ni untuk masuk! Nasib si bedebah lawan cucu tu melepaskan nenek dan dia ni masuk ke dalam! Akhirnya nenek bebas dan mampu menjaga cucu. Heheheheheee.” Nenek itu meneruskan lagi berkata-kata yang selalunya disudahi dengan hilai tawanya yang mampu membuatkan bulu romaku tegak berdiri.

Sebaik saja dia habis bercakap, dia terdiam seketika. Tak lama selepas itu, dia mula menyanyi perlahan-lahan. Nyanyian yang sama seperti yang dinyanyikannya di dapur tadi. Tak semena-mena, perpohonan kayu di sekeliling rumah bergoyang. Dedaunan bergeseran dan kedengaran bunyi deruan angin kencang di kawasan luar rumah. Suara nenek tua itu, kini sekali lagi bertindih dengan suara wanita muda seperti di ruang dapur. Serigala di sisi nenek itu pula mula melolong. Tetapi lolongannya agak pelik, kerana bunyi lolongan itu bukanlah lolongan seekor serigala melainkan seperti seekor anjing. Tiba-tiba, muncul kelibat seorang wanita muda di belakang nenek itu, yang entah dari mana datangnya. Bersanggul dan berkebaya putih seperti seorang wanita Jawa. Wajahnya agak cantik tetapi pandangan matanya tajam, bagai mengandungi dendam. Nampaknya, suara wanita muda itu adalah kepunyaannya. Mereka berdua terus-terusan menyanyikan lagu yang aku sendiri tak faham maksudnya. Semakin galak mereka menyanyi, semakin nyaring lolongan serigala tersebut dan semakin kencang pula angin ribut yang muncul secara tiba-tiba ini. Aku terasa kepalaku kembali berpinar. Kini tubuhku terasa goyah dan hendak rebah bila-bila masa dari sekarang. Rasa pening itu lebih kuat dari sebelumnya. Setelah aku bertahan agak lama, akhirnya tubuhku terasa seperti melayang, menunggu masa untuk tersungkur menyembah bumi.

Ketika tubuhku hendak sampai ke tanah, aku terasa seperti ada sepasang tangan yang menyambut tubuhku lembut, lalu meletakkan tubuhku dengan perlahan. Aku membuka mataku perlahan. Di depan mataku kelihatan seorang lelaki tua yang berjubah dan berserban putih. Wajahnya nampak bersih dan tenang. Dagunya ditumbuhi janggut yang kelihatan sudah beruban. Setelah dia meletakkan tubuhku di atas tanah, dia bangkit berdiri lalu menuju ke arah dua orang wanita berserta serigala hitam itu. Dia berhenti setelah jarak kedudukannya tidak jauh dari mereka berdua. Di sisi lain, aku ternampak seekor singa putih berjalan perlahan mengelilingi mereka semua. Serigala itu yang tadinya melolong, kini menderam melihatkan singa itu. Angin ribut masih terus-terusan bertiup, malah semakin galak keadaannya.

Di sebalik rasa pening yang teramat, aku masih sempat mendengar bait-bait kata yang dituturkan oleh mereka bertiga.

“Assalamu’alaikum.” Lelaki tua itu memberi salam.

Salamnya tidak dijawab, malahan disambut dengan dengusan dari dua orang wanita itu. Lelaki tua itu sekali lagi memberi salam tapi masih tiada sahutan dari mereka berdua.

“Tak apalah. Tapi, aku cuma meminta, kamu berdua lepaskan budak itu dari jagaan kamu. Dia tak perlukan kamu. Penciptanya, Allah Subhanahu Wata’ala lebih dari cukup untuk melindungi dirinya.” Lelaki tua itu meneruskan kata-katanya sesudah salamnya tidak dijawab.

Kedua-dua wanita itu merengus kasar mendengarkan permintaan lelaki tua itu.

“Kami tak akan melepaskan dia! Ini sudah perjanjian kami dengan atoknya! Atoknya yang mahukan kami menjadi pelindung dan pendampingnya! Jangan cuba kacau urusan kami!!” Kedua-dua wanita itu bertempik marah. Suara mereka berdua masih saling bertindih sebagaimana semasa mereka menyanyi tadi.

“Tugas kamu hanya menyesatkan dia! Kamu hanya menyesatkan anak-anak Adam, bukan menjadi pelindung sejati mereka! Kerana sebuah kejahilanlah yang menyebabkan kamu berada di sini! Sekarang pulanglah ke tempat asal kamu!” Kini giliran lelaki tua itu pula yang meninggikan suara.

“Tidak! Tidak sekali-kali!! Kami tak akan tinggalkan dia sampai ke penghujung nyawanya!!” Balas kedua-dua wanita itu dengan keras.

Lelaki tua itu terdiam seketika. Raut wajahnya nampak tegang. Matanya tajam memandang makhluk-makhluk bertiga itu.

“Baiklah. Jika kamu semua masih berdegil, aku terpaksa menghalau kamu dengan cara yang keras.” Sahut lelaki tua itu.

Lelaki tua itu mula menenangkan diri. Dia berdiri dengan kedua belah tangannya diletakkan secara bertindih di hadapan tubuhnya. Matanya dipejam rapat-rapat. Mulutnya mula terkumat-kamit seperti membaca sesuatu. Mulanya perlahan lama-lama semakin kedengaran di gegendang telinga. Ayat-ayat ruqyah rupanya, yang dimulai dengan surah Al-Fatihah selama tujuh kali.

Apabila lelaki tua itu mula mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran yang juga merupakan ayat-ayat ruqyah, ketiga-tiga makhluk itu seperti cacing kepanasan. Mereka memandang lelaki tua itu dengan penuh kebencian serta dendam. Mereka bertempik hebat dan serigala mereka mula melolong semula. Angin ribut semakin bertiup kencang, malahan kini terasa bumi ini turut bergoncang hebat bagai dilanda gempa bumi yang berukuran lapan skala Richter. Apabila sampai pada Ayat Kursi, serigala tersebut tiba-tiba sahaja bertindak hendak menerkam lelaki tua tersebut tetapi berjaya dihalang oleh singa putih yang sedari tadi berjalan mengelilingi mereka. Kedua-dua binatang itu bergelut sehingga serigala hitam itu akhirnya tewas lalu mati di situ juga. Apa yang mengejutkan aku, darah yang mengalir dari tubuh serigala itu juga berwarna hitam seperti bulunya. Bukannya merah. Melihatkan situasi itu, pekikan dan jeritan kedua-dua wanita itu semakin kuat. Sudahlah kepanasan disebabkan bacaan ayat-ayat suci itu, kini serigala mereka pula yang tewas diterkam singa putih. Walaubagaimanapun, mereka berdua masih cuba melawan lelaki tua itu dengan bacaan mantera yang mengandungi pujaan dan permintaan kepada sang Azazil. Pertarungan mereka dirasakan semakin sengit.

Lelaki tua itu masih kelihatan tenang. Tak berkutik walau sedikit pun. Dia masih meneruskan bacaannya, walaupun lawannya kini nampak semakin lemah. Apabila sampai di surah yang terakhir iaitu surah An-Nas, dia mengubah kedudukannya dari berdiri ke duduk mencangkung sambil tangan kirinya menyentuh tanah. Makhluk-makhluk yang berupa dua orang wanita itu sudah mula tidak keruan. Setelah lelaki tua itu menghabiskan ayat terakhir surah An-Nas sesudah tiga kali bacaan, dia terus melaungkan takbir sekuat hatinya lalu menepuk tanah menggunakan telapak tangan kirinya dengan agak kuat. Kedua-dua makhluk itu tiba-tiba terbakar teruk. Api keluar menjulang tinggi dari dalam tubuh mereka lalu menjilat setiap inci tubuh mereka tanpa meninggalkan walau sedikit pun. Alam dirasakan bagai hendak pecah mendengarkan raungan dan lolongan mereka yang kesakitan. Setelah beberapa lama, raungan mereka beransur surut dan tubuh mereka kini mulai menjadi abu. Apa yang memeranjatkan aku, abu jasad mereka tiba-tiba lenyap begitu sahaja.

Setelah semuanya selesai, rasa pening dan kesakitan yang aku alami kini hilang serta-merta. Aku sudah mampu bangkit dari pembaringan, seterusnya berdiri seperti sediakala. Lelaki tua itu yang mulanya berdiri agak jauh dari aku, kini menapak perlahan-lahan menghampiri aku bersama singa putih yang menjadi ‘pengawal’ sejak dari tadi.

“Alhamdulillah. Kini kau terselamat dari cengkaman puak Azazil tu. Kau dah terlepas dari belenggu mereka, wahai anak muda.” Lelaki tua itu bersuara sambil menepuk-nepuk bahuku.

“Saya masih keliru sebenarnya pakcik. Siapa sebenarnya mereka itu?” Soalku padanya, tanda aku masih ingin mengetahui siapa sebenarnya makhluk-makhluk itu.

Lelaki tua itu merenung wajahku seketika lalu tersenyum.

“Anak muda. Kau akan tahu kemudian siapa sebenarnya mereka dan apa kaitan mereka dengan kau. Buat masa ini, kau pulanglah ke duniamu. Jangan berlama-lama di sini.” Jawabnya seringkas mungkin.

Pulang ke duniaku? Apa maksudnya? Bukankah ini…

Belum sempat aku menghabiskan monolog yang berlegar di dalam kepalaku, lelaki tua tadi terus menepuk perlahan belakangku sampai tiga kali. Tidak semena-mena pandanganku kembali gelap. Aku tak nampak apa-apa ketika itu. Setelah beberapa lama, barulah aku mampu mencelikkan mataku dan melihat suasana yang agak terang. Aku melihat keadaan sekelilingku. Ada ramai orang yang mengelilingiku rupanya. Dan kesemua wajah-wajah tersebut sememangnya aku kenali. Ya. Pesilat-pesilat serta guru-guru dari perguruan baruku itu. Keluargaku pun turut berada di situ.

“Syukur Alhamdulillah. Kau dah selamat kembali ke alam ini.” Bahuku ditepuk-tepuk oleh seseorang, seperti yang dilakukan oleh lelaki tua sebelum ini.

Aku pantas menoleh, melihat siapa gerangan yang menepuk bahuku itu. Mahaguru rupanya. Di sisinya pula adalah ayahku dan abangku.

“Apa yang terjadi sebenarnya guru?” Soalku kepadanya.

Mahaguru tak terus menjawab. Dia menghelakan nafasnya seketika, seolah-olah mencari kekuatan untuk menjawab soalanku itu.

“Kamu diganggu oleh ‘pendamping’ kamu semasa kamu bermain serang dan bela semalam.” Balasnya ringkas, lalu menoleh kepada ayahku. Dia sememangnya biasa dan rapat dengan ayahku.

“Kamu terangkanlah kepadanya akan hal yang sebenar, Rif.” Pinta mahaguru kepada ayahku.

Ayahku memandang aku seketika sebelum membuka mulut menceritakan kisah sebenar.

“Sebenarnya, arwah atok kamu dulu membela ‘pendamping’ untuk persilatannya. Dia menggunakan khidmat ‘pendamping’ tersebut untuk membantunya menjadi seorang pesilat yang kuat, kebal dan tak mampu dikalahkan oleh lawan.” Ayah mula menerangkan kisah sebenarnya.

Ayah terhenti seketika sebelum meneruskan semula ceritanya.

“Setelah dia menginjak usia tua dan sudah tak mampu lagi meneruskan untuk bergiat aktif dalam persilatannya, dia ingin mencari pengganti untuk mewariskan ‘pendamping’nya itu. Malangnya, tiada seorang pun antara kami adik-beradik yang layak mewarisi ‘pendamping’ itu kerana tiada siapa diantara kami yang berminat dan berkebolehan dalam silat. Ketika itu kau masih kecil.” Ujar ayah lagi.

“Tapi, setelah kau memasuki sekolah rendah dalam darjah empat, kau mula menunjukkan minat terhadap silat seterusnya mengikuti latihan silat yang diadakan di sekolahmu. Setelah atok kau mengetahui akan hal itu, dia mula mengajarkan dan menurunkan ilmu silatnya kepadamu sehingga kau betul-betul mahir dalam persilatan. Ketika itulah dia mewariskan ‘pendamping’nya kepadamu secara tak sedar. Dia nampak akan kecekapan dan kebolehanmu dalam persilatan. Kerana itu kau yang menjadi pilihannya, tapi kau tak sedar kerana ketika itu kau hanyalah seorang kanak-kanak yang masih belum mengerti akan dunia ghaib.” Sambung ayah panjang lebar.

“Dan sebab itulah kau selalu terlihat bayangan hitam melintas di waktu-waktu tertentu, terutama sekali ketika kau berlatih silat.” Ayah menyambung lagi kata-katanya.

“Dan semalam, kamu dirasuk oleh ‘pendamping’ kamu itu. Guru sendiri terkejut, bagaimana dia boleh lepas ke gelanggang sedangkan gelanggang itu sudah di ‘pagar’. Rupanya, salah seorang lawan kamu, yang juga pesilat kita yang ‘melepaskan’nya. Dia menggunakan mantera terlarang bagi tujuan kekuatan yang ampuh. Itu yang menyebabkan ‘pendamping’ tersebut terlepas masuk seterusnya merasuk kamu.” Sampuk mahaguru pula.

Aku menelan liur. Aku tak sangka bahawa selama ini aku mempunyai pendamping di dalam silat. Pendamping ghaib pula tu. Tiba-tiba aku terkenangkan tiga orang lawanku semalam itu.

“Bagaimana keadaan tiga orang pesilat yang menjadi lawan saya semalam, guru?” Soalku meminta kepastian.

Mahaguru berpandangan seketika dengan ayahku.

“Cedera. Tapi yang paling teruk adalah yang menggunakan mantera. Kulitnya seperti terbakar sebaik sahaja dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Manakala yang lain, mereka dirawat di hospital. InshaAllah, mereka akan sembuh dalam beberapa hari ini. Sekurang-kurangnya kecederaan mereka bukan di tahap serius yang boleh meragut nyawa mereka.”.

Aku menghela nafas lega mendengarkan penjelasan mahaguru itu. Sekurang-kurangnya, tak lah teruk sangat aku mencederakan mereka, kecuali yang bermantera itu. Aku percaya, kondisinya menjadi sebegitu disebabkan amalannya yang salah. Bukan kerana aku.

Sejak dari itu, aku mula berhati-hati dalam menerima sebarang ilmu, terutama sekali ilmu persilatan ini. Aku takut terjadi lagi hal sebegini terhadapku. Aku tahu aku salah seorang pencinta persilatan dan boleh dikatakan, aku adalah salah seorang pesilat tegar kerana beladiri bangsa Melayu ini sudah tersemat dan terpacak kuat di dalam diri dari sejak kecil lagi. Aku memang rajin mempelajari apa jua ilmu silat yang aku rasakan baru bagiku tanpa mengendahkan apa yang tersirat di sebalik ilmu tersebut. Kini aku lebih berhati-hati dalam menerima sesebuah ilmu persilatan. Aku akan pastikan terlebih dahulu, adakah ia berlandaskan agama atau menjurus kepada pemujaan sang Azazil?

Alhamdulillah. Perguruan baruku ini adalah sebuah perguruan yang berlandaskan agama. Dan kini, semangat silatku semakin terasa semaraknya, tanpa ada rasa jiwa yang merusuh dan diselubungi kegelapan.

-TAMAT-

A little info: This story is inspired by my own experiences in pencak silat, although the ‘heavy’ parts of the story are fictional.

Advertisements

KESUMAT

Ezry merasa sangat letih ketika itu. Dah lah terpaksa kerja lebih masa disebabkan ada kes rompakan berlaku di sebuah pasaraya di Pekan Muara semalam, kini dia pula ditugaskan untuk handle kes itu. Baru saja selesai satu masalah, kini timbul pula masalah lain. Ketua seksyennya pula sibuk-sibuk jugalah bercuti di saat-saat genting itu. Maka terpaksalah dia yang memangku jawatan sebagai ketua seksyen, seterusnya mengambil alih kes itu.

Tok! Tok!

Kedengaran pintu pejabatnya diketuk oleh seseorang.

“Masuk.” Arahnya ringkas.

Tombol pintu dipulas dan kelihatan seorang lelaki dalam usia pertengahan 20an yang lengkap berpakaian seragam biru tua masuk ke dalam.

“Assalamualaikum, tuan.” Sapanya sambil memberi tabik hormat.

Ezry membalas tabik yang diberikan oleh anggota polis itu.

“Waalaikumussalam, kopral. Ada apa berjumpa saya ni?” Tanya Ezry yang nampak kehairanan.

Anggota polis yang berpangkat kopral itu tersengih.

“Errr, tak adalah yang penting sangat tuan. Cuma saya nak sampaikan pesanan Tuan Hamidon saja yang menyuruh tuan ke pantri. Dia suruh tuan berehat dan isi perut dulu. Dia kata tuan masih belum makan lagi dari semalam, berehat pun tidak.” Jawab kopral itu panjang lebar.

Ezry tersenyum. Dia tahu, Tuan Hamidon dan juga staf-staf dalam seksyen mahupun jabatannya itu semuanya peramah serta mengambil berat antara sama lain. Inilah satu-satunya yang dia suka tentang jabatannya ini.

“Takpelah kopral. Tolong sampaikan kepada Tuan Hamidon yang saya akan ke pantri nanti. Saya nak rehat sekejap kat sini.” Jelas Ezry.

“Kalau begitu, baiklah tuan. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum, tuan.” Ujarnya ringkas sambil memberi tabik hormat sekali lagi kepada Ezry, lalu meninggalkan pejabat Ezry.

Ezry memerhatikan kopral itu sehingga hilang dari pandangan matanya. Setelah itu dia berjalan menuju ke mejanya lalu menghenyakkan punggung ke atas kerusi pejabatnya. Kepalanya diampai malas di atas penyandar kerusi. Nyaman sungguh rasanya setelah hampir semalaman tak berehat. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam kocek seluarnya, lalu memasang sebuah lagu berbahasa Inggeris yang bertajuk ‘Passive’, nyanyian kumpulan A Perfect Circle. Setelah lagu itu dimainkan, telefon bimbit itu pun diletakkan di atas mejanya. Matanya sempat merenung gambar yang juga terletak di atas meja itu, tidak jauh dari tempat di mana telefon bimbitnya diletakkan. Gambar sewaktu dia menamatkan kursus asas kadet penolong penguasa polis Pasukan Polis DiRaja Brunei dua tahun yang lalu. Kini dia sudah pun secara rasminya berpangkat penolong penguasa polis atau singkatannya ‘ASP’, yang merupakan singkatan dari perkataan berbahasa Inggeris, Assistant Superintendent of Police.

Entah, berapa lama dia berkeadaan sebegitu sehinggalah dia tersedar dan mendapati dirinya sudah pun berada di dalam bilik tidur di rumahnya. Eh? Sejak bila pula dia pulang ke rumah? Bukankah dia berada di pejabat tadi? Sekejap pula dia sampai ke rumahnya sedangkan rumahnya terletak di Kampong Labi dan pejabatnya pula di Gadong. Dia merenung komputer ribanya yang masih terpasang di atas meja tulisnya. Nampaknya dia tertidur atas mejanya ketika dia sedang menyiapkan kerja. Dia tak rasa ingin menyambung untuk menyiapkan tugasannya saat itu lalu dia logout dan menutup komputer riba tersebut. Setelah dia mengemas mejanya, dia berdiri lalu beredar ke luar bilik, seterusnya keluar rumahnya. Apa yang dilihatnya saat ini membuatkannya terpaku dan kehilangan kata-kata. Seingatnya, depan rumahnya tiada sungai. Dari mana pula datangnya sungai ni? Ada orang yang menggali dan cuba menjadikannya sebagai sebatang sungai kah? Mengarutlah pula rasanya. Walaubagaimanapun, dia tetap menggagahkan dirinya untuk melangkah turun dan melihat sungai itu dengan lebih dekat walaupun dalam hatinya terdetik sejuta pertanyaan.

Dia melangkah perlahan dan berhati-hati ketika menghampiri sungai tersebut. Di kiri kanan jalan menuju ke sungai itu begitu semak dengan rimbunan lalang yang menjulang tinggi. Air sungai itu kelihatan hitam pekat, tak seperti air sungai yang kebiasaannya. Tenangnya juga agak luarbiasa. Tersangat tenang, seolah-olah air sungai tersebut langsung tak mengalir. Ketika dia berada hanya beberapa meter saja lagi dari sungai tersebut, telinganya menangkap satu bunyi yang datangnya tidak jauh dari semak di sebelah kanannya. Bunyinya seperti binatang yang merayap sedang menuju ke arahnya. Ezry berundur beberapa tapak perlahan-lahan. Dia mengambil langkah berwaspada dan bersiap-sedia jika terjadinya sebarang perkara yang tidak diingini. Bunyi itu bergerak semakin laju sebaik saja semakin menghampirinya. Ezry meraba kocek seluarnya jika ada benda yang boleh dijadikan senjatanya ketika itu. Malangnya hanya gugusan kunci saja yang tinggal dalam kocek seluarnya. Perasaan cemas sedikit sebanyak bertandang di dadanya walaupun dia telah dilatih untuk bertenang dalam menghadapi situasi getir sebelum ini.

Tidak semena-mena, ada sesuatu yang menerjah keluar dari arah semak yang datangnya bunyi tadi. Allah…buaya rupanya! Ini bukan lagi sekadar anak buaya atau mak buaya, tapi bapak buaya! Sempat juga Ezry mengagak kepanjangan buaya tersebut. Mungkin dalam enam ke tujuh meter lebih. Memang buaya tersebut begitu besar, dengan kulitnya yang kehitaman, seakan warna air sungai itu. Sebaik saja buaya itu menjengahkan dirinya sepenuhnya, ia terus mengejar Ezry tanpa berlengah walau sesaat pun. Ezry berpatah balik seterusnya membuka langkah seribu. Cepat juga pergerakan buaya tu. Terasa lain daripada buaya yang lain, walaupun dia telah mencuba membuat pergerakan zig-zag seperti yang telah diajar.

Sebaik menghampiri kawasan rumahnya, dia terlanggar sangkar kucingnya yang diletakkan tidak jauh dari tempat letak kereta. Pintu sangkar itu terbuka lalu kucing itu terlepas dari sangkar dan cuba melarikan diri. Baru saja Ezry hendak mengejar dan menangkapnya untuk dimasukkan semula ke dalam sangkar, buaya yang mengejarnya tadi terlebih dulu membaham kucing tersebut, lalu dijadikan santapannya. Ezry yang menyaksikan kejadian itu tiba-tiba merasa marah. Hatinya terasa meruap, lebih-lebih lagi kucing itu adalah satu-satunya kucing kesayangannya. Kerana membawa rasa marah yang muncul tiba-tiba dalam dirinya, dia bertekad mahu membunuh buaya itu. Kebetulan sebilah besi yang tajam diletakkan tidak jauh dari tempatnya berdiri. Dia lantas mencapainya lalu melangkah berani menuju ke arah buaya tersebut, yang masih rakus meratah mangsanya. Ketika berada dalam jarak lebih kurang lima meter dari buaya tersebut, Ezry melemparkan besi tajam yang dibawanya ke arah buaya itu. Lemparan Ezry tepat mengenai kawasan organ penting reptilia itu. Buaya itu menggelupur lalu lari menuju ke arah semak, dimana ia keluar mula-mula tadi. Ezry masih merasa tak puas hati lalu mengejar buaya tersebut. Entah, dari mana datangnya kekuatan dan keberaniannya itu. Mungkin juga disebabkan kucingnya mati, lalu dia semacam berdendam dengan buaya itu. Setelah sekian lama mengejar, buaya itu hilang tiba-tiba dari pandangan matanya dan tak semena-mena, dia berada di sebuah tempat yang lain.

Sekali lagi dia dikejutkan dengan pemandangan di depan matanya. Barek? Dia seperti mengenali barek itu. Ah. Barek pasukan kadet tentera? Bagaimana dia boleh berada di sini??? Dia bingung untuk ke sekian kalinya. Namun dia tetap memberanikan dirinya untuk menjejakkan kaki ke kawasan barek itu. Dia bagaikan termasuk semula ke dalam nostalgia lamanya, semasa dia masih menyertai platun kadet tentera di sebuah institusi pengajian tinggi tempat dia melanjutkan pengajiannya dulu.

Dia melangkah dengan berhati-hati ketika menuju ke kawasan barek tersebut, ditakuti ada perangkap lain lagi yang sedang menunggu. Apabila dia berada berdekatan dengan kawasan barek berkenaan, dia mendapati bangunan-bangunan tersebut berpenghuni. Dia memberanikan diri untuk menaiki salah sebuah blok yang berada di kirinya. Dia mendaki setapak demi setapak tangga yang berada di tengah blok tersebut sehinggalah dia berada di tingkat atas sekali, iaitu di tingkat dua, lalu dia membelok ke kiri. Suasananya sama seperti ketika dia berada dalam kadet tentera dulu. Cuma dia tak kenal ahli-ahli kadet yang mendiami blok itu ketika ini. Mungkin saja ahli-ahli baru. Dan mungkin juga ketika ini mereka sedang menjalani kursus kadet memandangkan mereka berada di barek itu. Kalau tak ada apa-apa acara atau hanya setakat menjalani latihan mingguan, takkan pula mereka tinggal di sana. Semasa dia berjalan di beranda tingkat kedua blok itu, dia dapat rasakan kesemua penghuni yang ada di sana memandangnya kehairanan. Kedengaran juga bisik-bisik di antara mereka yang bertanya antara satu sama lain tentang dirinya, tapi dia tak mengendahkan bisikan-bisikan itu. Langkahnya terhenti ketika berada dipertengahan beranda bahagian kiri blok itu, apabila dia terdengar bunyi kecoh di blok sebelah, yang berhadapan dengan blok di mana dia berada ketika ini. Semua ahli kadet yang sedang bersantai-santai di luar bilik masing-masing, meluru menuju ke pagar beranda.

Sungguh aneh. Setahu Ezry, barek ini bukannya terletak di kawasan hutan belantara. Yang ada cumalah hutan biasa. Entahlah. Dia tak rasa pun kawasan di sekeliling barek itu diiktiraf hutan melainkan hanyalah kawasan perkebunan orang-orang di kampung sana, atau mungkin juga tanah yang direserve oleh pihak Jabatan Pertanian. Lalu, bagaimana pula singa boleh lepas ke sini? Eh, nanti dulu; kat Brunei ni ada singa kah? Rasanya dia bukan lagi setakat menjadi bingung, tapi dah naik tahap bengang dengan apa yang dilihatnya hari ini. Mula-mula buaya, kini singa pula. Lepas ni, apa pula yang akan muncul? Tiba-tiba kedengaran suara seseorang menjerit dari tingkat dua di blok sebelah.

“Hei, korang semua kat sana! Cepat, tutup pintu pagar tingkat korang tu! Nanti melepas binatang tu kat tingkat korang!”, jeritnya mengingatkan Ezry dan yang lain.

Di bawah, kelihatan singa tersebut sudah pun menuju ke blok mereka setelah gagal memasuki blok sebelah disebabkan pintu pagar kesemua tingkat sudah ditutup dan dikunci dengan pantas. Ezry yang cemas melihat situasi itu terus meluru ke bahagian tengah blok berkenaan dan bercadang hendak menutup pintu pagar di bahagian kiri blok, tetapi malangnya dia tak sempat menutupnya. Singa itu sudah pun berjaya membolosi kawasan mereka. Semua yang ada di situ bertempiaran lari ke kawasan tengah di bahagian kiri blok tersebut dan masing-masing berebut hendak masuk ke bilik masing-masing untuk menyelamatkan diri dari menjadi mangsa singa itu. Ezry juga turut berlari melarikan diri sehingga ke penghujung blok berkenaan. Sangkanya di hujung blok tersebut ada tangga, atau sekurang-kurangnya sebuah pintu yang akan menghubungkannya ke dalam sebuah bilik di tingkat itu. Rupa-rupanya meleset sama sekali. Jantungnya berdegup kencang, bagaikan baru saja lepas membuat basic fitness test atau ringkasannya BFT. Peluhnya semakin lebat bercucuran. Nafasnya terasa tak teratur. Nampaknya dia terpaksa mencari akal untuk meloloskan diri dari sini. Kalau dia tak dapat jalan keluar, alamatlah dia akan menjadi mangsa singa tersebut, sepertimana kucingnya diratah oleh buaya tadi.

Nasibnya sungguh malang. Belum sempat dia mencari jalan keluar, singa tersebut sudah pun berada di penjuru hujung beranda dimana dia berada sekarang. Ezry menelan liur. Matilah dia kali ini. Singa itu diam tak berkutik untuk beberapa saat sebelum bergerak semula. Langkahnya perlahan mengarah kepada Ezry. Ezry terundur melihatkan singa itu bergerak menuju ke arahnya. Dalam rasa gerun itu, dia tetap memikirkan rancangan untuk mencari jalan keluar. Dalam tak sedar, tubuhnya tersandar ke dinding. Dia sudah berada di penghujung sekali di blok itu. Arrggghhhhhh! Ini tak boleh jadi ni!

Tiba-tiba satu keajaiban berlaku di depan matanya. Dalam beberapa langkah kemudian, singa tersebut tiba-tiba bertukar menjadi seorang manusia. Seorang lelaki yang lebih tepatnya. Dia terkesima melihatkan keajaiban yang berlaku itu. Dia tak jadi merancang untuk melarikan diri. Dia mahu melihat sendiri siapa lelaki yang berada di depannya saat ini. Lelaki asing itu berjalan perlahan-lahan menghampirinya. Setelah berada dalam jarak lebih kurang dua meter saja lagi dari Ezry, dia menghentikan langkahnya. Ezry terlopong melihat lelaki itu. Amin? Aminuddin? Seniornya di dalam platun kadet tentera dulu? Seingatnya dia tak pernah langsung mengenang seniornya seorang ni. Dia sendiri tak rapat dengan Amin memandangkan Amin adalah seorang manusia yang agak pendiam dan lebih suka menyendiri, kecuali dengan rakan-rakan rapatnya. Dia tak sombong, cuma memang begitulah sikap semulajadinya.

Setelah dia berhenti buat seketika, dia memberikan sebuah senyuman kepada Ezry tanpa berkata sepatah perkataan pun, lalu dia berpaling dan berjalan menuju ke tengah blok semula. Ezry yang masih merasa tak puas hati, terus mengejar langkah Amin yang sekarang bergerak agak pantas dari sebelumnya. Ingin rasanya dia bertanya khabar seniornya itu, setelah lama menghilang tanpa khabar berita sebaik saja dia menamatkan pengajiannya dulu. Kali terakhir Ezry mendengar perkhabarannya, dia gagal dalam ujian peringkat terakhir dalam proses pemilihan pegawai kadet Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei, iaitu ujian Armed Forces Commissioning Board yang melibatkan ujian-ujian teoritikal seperti command task, leaderless exercise, pembentangan serta temuduga.

Setelah Ezry berada di pertengahan blok itu, kelibat Amin sudah tiada. Langkah Ezry terhenti lalu matanya ligat mencari keberadaan Amin di sekitar tingkat kedua itu. Bagaimana dia boleh lesap dalam sekelip mata? Ezry merasa sangat hairan. Baru sekejap tadi dia melihat Amin masih berada di depannya. Sebaik saja dia membelok ke kiri sedikit di pertengahan blok itu untuk menuju ke tangga, tiba-tiba saja dia sudah tiada. Tak mungkin dia turun sebegitu pantas. Kalau pun langkahnya cepat, sekurang-kurangnya kelibatnya masih kelihatan ketika Ezry berada berdekatan tangga tersebut. Ezry melangkah menuruni anak tangga sehingga berada di tingkat bawah sekali.

Dia terpana lagi kali ini. Apa pula lagi lepas ni?? Mula-mula dia datang, suasananya berbeza dengan apa yang dia saksikan sekarang ni. Tiba-tiba di depannya terbentang luas laut biru. Ni, bagaimana dia boleh berada di kawasan pantai ni?? Spontan dia menoleh ke belakangnya untuk memastikan yang barek itu masih ada disana. Ya. Masih ada. Cuma mana menghilangnya blok yang satu lagi? Yang tadi terletak berhadapan dengan blok di belakangnya ni? Berputar rasanya otak Ezry memikirkan semua ini. Walaubagaimanapun, Ezry tetap membuka langkahnya menuju ke persisiran pantai di depannya.

Sebaik saja dia berada di persisiran pantai, kelihatan seperti para pengunjung sedang bersuka-ria dan berlibur. Ada yang mandi-manda di laut dan ada pula yang sekadar duduk dan berhidang makanan di kawasan pantai itu. Ada yang datang bersama rakan-rakan dan ada pula yang membawa keluarga. Kelihatan juga beberapa orang kanak-kanak sedang berkejaran. Tawa riang mereka jelas kedengaran di telinga Ezry. Melihatkan pemandangan di depannya, dia tiba-tiba menjadi rindu akan zaman kecilnya. Dia dibesarkan di kawasan perkhemahan tentera laut di Kem Muara, memandangkan ayahnya adalah seorang anggota tentera laut suatu ketika dulu. Barek keluarga Ezry dulu terletak betul-betul hampir kawasan pantai, iaitu di jalan masuk ke Pantai Muara. Mengenangkan kisah silamnya, dia menjadi pilu. Ibunya meninggal semasa bertugas dan ketika itu dia masih kecil lagi. Arwah ibunya adalah seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Muara. Ketika dia masih kecil, arwah ibunya sering membawa dia dan adiknya ke pantai jika arwah ibunya tak bertugas ataupun waktu bertugasnya telah selesai. Boleh dikatakan hampir tiap hari mereka ke pantai waktu itu. Tetapi setelah ibu mereka meninggal dunia, mereka sudah jarang turun ke pantai lagi walaupun kedudukan barek dan pantai itu tak jauh. Ayah mereka memang tak berapa gemar membawa mereka turun ke pantai. Sejak itu Ezry sudah kurang menghabiskan masanya di pantai, tambahan pula sekarang ini dia sibuk dengan tugasnya. Hanya saat ini baru dia menjejakkan kakinya semula ke pantai, seterusnya mengundang sebuah kerinduan yang sekian lama terpuruk jauh didalam hati kecilnya. Rindu akan belaian seorang ibu.

Tiba-tiba kedengaran bunyi seperti tembakan dilepaskan. Lamunan Ezry terus mati dek bunyi itu. Tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi jeritan para pengunjung pantai. Suasana bertukar menjadi huru-hara apabila pengunjung bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri. Bunyi tembakan kedengaran lagi. M-16! Ezry kenal bunyi senapang yang ditembakkan itu. Lantas Ezry mencari siapa dalangnya yang melepaskan tembakan itu. Jelas di mata Ezry, ada beberapa orang pengunjung yang sudah pun bergelimpangan di atas pantai dan berlumuran darah. Ada di antaranya yang masih bernyawa dan lainnya ada yang sudah terbujur kaku. Melihatkan situasi yang mencemaskan itu, Ezry nekad untuk mencari kedudukan si penembak di sebalik celahan manusia-manusia yang sedang berlarian. Bunyi tembakan masih terus kedengaran, mensasarkan kepada jiwa-jiwa yang tak berdosa. Setelah beberapa lama mengesan kedudukan si penembak, akhirnya Ezry berjaya menemukannya. Ezry berlari mengikut arus sekumpulan besar manusia-manusia yang menyelamatkan diri.

Setelah berada dalam kedudukan beberapa meter dari si penembak, dia terus menggolekkan diri lalu menendang perut si penembak, yang sedang menggila dengan tembakannya. Si penembak itu terundur lalu jatuh terlentang. Senapangnya terlepas dari tangannya dan terpelanting agak jauh dari kedudukannya. Di kesempatan itu, Ezry cuba untuk mendapatkan senapang itu tetapi kakinya berjaya di ditarik oleh si penembak tadi, lalu tersungkur. Maka bermulalah pergelutan antara Ezry dan si penembak. Ezry melepaskan sebuah tumbukan padu ke wajah si penembak sehingga dia mengerang kesakitan. Ezry bingkas bangun dan memberikan sebuah tendangan pula ke pipi kanan si penembak sehingga wajahnya terpaling ke kiri. Jelas kelihatan darah mula mengalir di bibirnya. Ezry membongkok dan cuba hendak mencekik leher si penembak tetapi lengannya berjaya ditahan dan digenggam kuat oleh si penembak tadi, lalu menolaknya kuat sehingga Ezry tersungkur semula. Si penembak tadi bingkas bangun sambil tangan kanannya menyeluk kocek seluarnya. Dalam masa yang sama, Ezry juga bangun semula lalu meluru ke arah si penembak itu. Belum sempat dia memberikan serangan seterusnya kepada si penembak, tiba-tiba bahagian atas perutnya terasa hangat dan sakit. Pergerakannya terhenti secara automatik. Seperti ada cecair hangat yang keluar dari bahagian itu. Ezry menundukkan kepalanya perlahan. Cecair hangat berwarna merah sudah pun membasahi bahagian bawah bajunya ketika ini. Sebilah pisau komando tertusuk di bahagian atas perutnya. Tahulah dia, yang cecair merah itu sebenarnya adalah darahnya. Dia telah ditikam oleh si penembak tersebut. Dia kembali mengangkat wajahnya perlahan dan memandang wajah si penembak. Sayangnya dia tak mampu mengenali wajah sebenar si penembak itu memandangkan wajahnya diselindungi oleh penutup wajah. Peluh dingin mulai membasahi tubuh Ezry. Tubuhnya menggeletar dan pandangannya mulai kabur. Dunia terasa berputar saat ini, lalu dia rebah tak sedarkan diri.

Tak lama kemudian…

“Ezry! Bangun! Hei, bangunlah bongok!”

Kedengaran suara seseorang memanggil namanya dan tubuhnya terasa digoncang kuat. Dia membuka matanya perlahan. Terkebil-kebil dia sebentar setelah dia sedar sepenuhnya. Eh? Dia masih berada di pejabatnya? Dia merenung lelaki yang kini berada di depannya. Rakan sepasukannya, Erwan, sedang duduk berpeluk tubuh di atas salah sebuah kerusi yang diletakkan di depan mejanya.

“Ni mesti kes tak baca ayat kursi kan sebelum kau tidur? Tidur kat kerusi begini pun kau boleh mengigau. Fuh! Nasib baik aku terjah masuk office kau ni.” Bebel Erwan dengan mulutnya yang becok.

Ezry tak menjawab bebelan rakannya itu. Dia memang sudah masak dengan sikap rakannya yang seorang ni dan dia tak pernah sekalipun ambil hati dengan Erwan, walaupun kadangkala kata-katanya agak kasar. Dia hanya tersenyum mendengarkannya. Entah, kenapa dia terasa kepalanya pening dan teramat letih ketika itu. Mimpi-mimpinya itu terasa bagaikan sebuah kenyataan. Bahagian atas perutnya juga terasa sakit, seolah-olah tusukan pisau itu betul-betul terjadi. Kerana itulah juga dia mulutnya terasa berat untuk berkata-kata. Dia merasa tak bermaya. Tak sangka pula, dia bukannya setakat bermimpi biasa saja tetapi juga mengigau. Kalau tak, masakan Erwan ada menyebut dia mengigau tadi.

“Kau ni okey ke tak, Ez? Selalu kau sahut cakap aku. Ni kau diam saja. Muka kau pun pucat semacam. Kau sihat ke ni?” Tanya Erwan bertubi-tubi. Riak wajahnya kelihatan cemas tiba-tiba.

Ezry mengangguk lemah. Berbohong kepada Erwan. Dia tak rasa okey sebenarnya. Dia cuba menggagahkan dirinya untuk berdiri, tetapi tiba-tiba dia tertunduk. Kedua belah tangannya bertumpu kuat di atas mejanya. Dahinya berkerut menahan rasa pening, juga kesakitan yang dirasakannya pada bahagian atas perutnya itu. Berdenyut rasanya. Dan berbisa. Erwan yang melihatkan situasi itu terus mendapatkan Ezry yang sedang menahan kesakitan.

“Kau ni tak sihat ni, Ez!” Ujar Erwan cemas.

Erwan lantas mencapai gagang telefon pejabat Ezry lalu mendail nombor talian control room operator seksyen waktu ini untuk meminta bantuan dari anggota-anggota yang bertugas. Setelah Erwan selesai menghubungi, dia cuba memapah Ezry dan membawanya ke sebuah kerusi sofa yang terletak berhampiran dengan pintu masuk pejabat Ezry. Dia meminta Ezry untuk berbaring di atas sofa itu. Ezry kedengaran mengerang kesakitan. Erwan pelik. Seingatnya semasa dia bertugas bersama Ezry dari malam semalam hingga ke awal pagi ni, Ezry nampak sihat saja. Tak ada pun tanda-tanda yang menunjukkan dia kurang sihat. Dia kelihatan cergas dan bertenaga saja sebelum ini. Dikatakan dia jatuh sakit disebabkan kerja lebih masa, rasanya sudah banyak kali Ezry menghadapi situasi begini, tapi tak pernah pun dia jatuh sakit. Paling-paling pun, cuma demam biasa saja. Tapi kali ini…dari raut wajahnya, seperti bukan demam biasa. Apa yang telah dia lakukan sebelum ni sehingga dia jadi begini? Apa yang telah terjadi?

Tidak lama kemudian, kedengaran pintu pejabat dibuka. Tuan Hamidon berserta beberapa orang anggota lain masuk ke dalam pejabat Ezry untuk melihat apa yang berlaku. Erwan berdiri tegak lalu memberi salam kepada Tuan Hamidon. Tuan Hamidon membalas salamnya kembali lalu mengalihkan pandangannya kepada Ezry yang sedang terlentang diatas sofa sambil mata terpejam. Peluhnya bercucuran walaupun ketika itu suhu penghawa dingin di pejabatnya di tahap rendah. Tuan Hamidon melirik ke bahagian bawah bajunya. Dia terkejut melihat apa yang disaksikannya. Darah! Ada darah mengalir di bahagian perut Ezry! Apabila Tuan Hamidon menekankan apa yang dilihatnya itu, Erwan pantas menoleh ke tempat yang dinyatakan. Ha? Bagaimana boleh perut Ezry berdarah? Dan bagaimana dia boleh tak sedar akan darah itu tadi?? Kecut hatinya bila mengenangkan hanya dia seorang yang bersama dengan Ezry tadi. Tak pasal nanti dia yang dituduh cuba membunuh Ezry!

Erwan menghampiri Ezry lalu menanggalkan butang baju Ezry satu persatu sehingga ke bahagian perutnya. Sekali lagi mereka dikejutkan dengan sesuatu yang tak diduga. Bahagian atas perut Ezry terdapat kesan tikaman. Tuan Hamidon memalingkan wajahnya memandang Erwan. Tiba-tiba timbul rasa curiganya akan pegawai muda seorang ini.

“Apa yang kamu buat disini tadi? Apa yang sudah kamu lakukan padanya?” Soal Tuan Hamidon kepada Erwan.

Erwan turut memalingkan wajahnya memandang Tuan Hamidon. Seperti yang dijangkakannya. Kesemua mata tertumpu padanya saat ini. Erwan menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum membuka mulut untuk menjawab soalan Tuan Hamidon itu. Belum sempat pun Erwan menjawab, Ezry terlebih dulu memintasnya dalam keadaan tergagap-gagap.

“Di…dia…tak…bu…buat…apa-apa…tuan…” Jelas Ezry kepayahan.

“Di…dia…tak…ber…salah…” Sambung Ezry lagi.

Tak lama selepas itu, Ezry tak sedarkan diri. Suasana dalam pejabat Ezry menjadi kecoh. Tuan Hamidon menyuruh salah seorang anggota yang berada disana untuk menghubungi medik pasukan dengan segera. Sementara menunggu kedatangan medik, mereka cuba merawat luka Ezry setakat yang mereka mampu. Setelah medik tiba, Ezry dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans medik pasukan polis. Dia terus dimasukkan ke bahagian kecemasan hospital untuk diberikan rawatan segera. Ezry ditempatkan di Unit Penjagaan Rapi atau ICU selama lebih kurang dua minggu sebelum dipindahkan ke wad kelas pertama. Selama dua minggu itu dia langsung tak sedarkan diri.

Selepas dia berpindah ke wad kelas pertama, dia sudah mulai boleh bergerak sedikit demi sedikit. Semasa dia baru sedar, keadaannya masih terlalu lemah. Tetapi sekarang dia dapat merasakan tenaganya perlahan-lahan sudah mulai kembali seperti sediakala. Luka di bahagian atas perutnya pun sudah mulai sembuh. Cuma sehingga kini dia masih tertanya-tanya, bagaimana dia boleh mendapat luka itu? Sedangkan sebelum itu dia hanya bermimpi? Sesak fikirannya bila mengenangkan persoalan yang tak ada jawapan itu. Dia mencabut wayar perubatan ditangannya seketika dan cuba bangkit dari katilnya lalu berjalan perlahan menuju ke sebuah cermin besar di bilik wad itu. Dia melepaskan butang-butang bajunya sehingga menampakkan tubuhnya yang sasa. Matanya tertancap pada bahagian atas perutnya. Parutnya masih kelihatan dan denyutannya masih terasa walaupun sudah tak sakit lagi. Pelik. Sungguh pelik. Bermimpikah dia waktu itu? Atau ianya benar-benar terjadi?

Lima minggu sudah berlalu. Kini dia sudah pun memulakan tugasnya kembali. Kalau diikutkan sebenarnya, Tuan Hamidon mahu memberinya cuti selama seminggu lagi, tetapi dia sendiri yang menolak cadangan pengarah jabatannya itu. Alasannya, dia cukup bosan jika berehat di rumah terlalu lama. Puas Tuan Hamidon memaksa dan memujuknya supaya menerima cadangan tersebut, tetapi tetap ditolak oleh Ezry. Akhirnya Tuan Hamidon terpaksa akur dengan keputusan Ezry itu. Ezry memang seorang pegawai yang agak keras kepala. Tetapi tugasan-tugasan yang dilakukannya tak pernah tak sempurna.

Ezry melangkah keluar dari perut keretanya yang diletakkan di tempat letak kereta khas. Hari ini dia ditugaskan untuk menyoal-siasat salah seorang mangsa rompakan yang telah pun sedar dari komanya seminggu lebih yang lalu di hospital Pusat Perubatan Jerudong Park bagi membantu siasatan dan mendapatkan bukti kejadian. Pihak polis menunggu keadaannya stabil dulu, barulah soal-siasat dijalankan dan hari ini keadaan mangsa sudah pun agak stabil. Ezry sempat melihat cermin sisi keretanya untuk mengemaskan rambutnya sebelum dia melangkah masuk ke dalam hospital. Dia tak mengenakan pakaian seragam hari itu. Ketika dia membelek-belek wajahnya di cermin sisi kereta, kelihatan beberapa orang remaja perempuan yang melintas berdekatan, menoleh ke arahnya. Masing-masing menghadiahkannya senyuman yang cukup manis, siap control ayu lagi semasa melintas dekatnya.

Setelah sekumpulan remaja itu berlalu agak jauh…

“Alaaa. Orang handsome lah katakan. Wajah dah nak macam Keanu Reeves, patut laa budak-budak pompuan tu tergoda semacam, oiii.”

Ezry pantas menoleh ke arah yang empunya suara tersebut. Dia sudah dapat mengagak. Rakannya yang bermulut becok. Tak lain dan tak bukan. Erwan.

“Kau buat apa kat sini?” Soal Ezry ringkas.

“Bertugas macam kau jugaklah, Mr. Keanu Reeves.” Jawabnya sambil menyakat Ezry.

Ezry cuba menumbuk lengannya, geram bila digelar ‘Mr. Keanu Reeves’. Tetapi Erwan sempat mengelak dari terkena tumbukan rakannya itu. Fuh! Selamat. Tangan mamat seorang ni tangan besi. Sakit bila terkena tumbukannya, wo! Ezry ketawa kecil melihat kelakuan rakannya itu.

“Kau bertugas apa sebenarnya? Soal-siasat juga?.” Tanya Ezry lagi.

“Ye la, bro. Macam kau jugak. Takkan aku nak kerja bedah orang pula. Ada dua orang mangsa yang ditempatkan disini, bro. So, kita berdualah yang kena assign untuk menyoal-siasat mereka ni.” Balas Erwan, menjelaskan tugasan yang akan dilakukannya disana.

Ezry tersenyum nipis mendengar jawapan rakannya itu.

“Okeylah, bro. Jom masuk. Aku nak mulakan tugasan aku awal ni.” Ajak Ezry sambil menepuk bahu Erwan.

“Kau masuklah dulu, bro. Aku nak smoke break sekejap.” Erwan menolak pelawaan Ezry untuk masuk bersama-sama kerana hendak merokok terlebih dulu.

Erwan memang seorang perokok yang ‘tegar’. Inilah satu-satunya kebiasaannya yang Ezry tak berkenan. Puas Ezry menasihati dia untuk berhenti merokok tapi nasihat itu hanya masuk ke telinga kanannya tapi keluar pula di telinga kiri. Ezry melepaskan keluhan lalu menggelengkan kepalanya perlahan. Belum kena lagi, budak ni! Gerutu Ezry di dalam hati. Tanpa membuang masa, Ezry berpaling dan berjalan menuju ke dalam hospital.

Sewaktu berada di ruang kaunter pertanyaan, Ezry disambut oleh seorang anggota polis dari jabatan siasatan jenayah cawangan Balai Polis Bandar. Anggota itu membawanya ke wad di mana mangsa yang akan disoal-siasatnya nanti ditempatkan. Semasa dia melewati sebuah lorong di hospital itu, tiba-tiba dia ternampak kelibat seseorang yang dikenalinya sedang berdiri tersandar berdekatan dengan pintu masuk menuju ke sebuah wad yang lain. Orang itu asyik dengan telefon bimbitnya sehingga tak menyedari keadaan sekelilingnya.

‘Amin!’ Detik hati Ezry.

Ya. Itu seniornya yang pernah hadir di dalam mimpi peliknya sebelum dia jatuh koma sebulan yang lalu. Dia terasa hendak menyapa Amin tetapi dia membatalkan hasratnya itu. Dia takut tugasnya terbengkalai jika terleka nanti, lalu dia meneruskan perjalanannya sehinggalah sampai ke wad mangsa rompakan itu. Pintu wad diketuk lalu dibuka perlahan oleh anggota polis yang mengiringi Ezry tadi. Tiada sesiapa di dalam, kecuali mangsa seorang. Mangsa sudah pun bangun dan kini dia duduk bersandar di kepala katil. Dia menoleh kepada mereka berdua. Ezry melangkah masuk ke dalam wad, manakala anggota polis tadi hanya menunggu di luar. Pintu wad ditutup semula. Dalam wad itu, hanya mangsa seorang saja yang ditempatkan disana. Ezry menarik sedikit kerusi yang terletak berhampiran dengan katil mangsa, lalu melabuhkan punggungnya. Dia mengeluarkan buku catitan dan sebatang pen dari dalam kocek jaketnya. Dia memerhatikan sejenak keadaan fizikal mangsa sebelum memulakan sesi soal-siasat.

Mangsa seorang remaja lelaki dalam lingkungan umur tiga belas tahun. Seorang yang pendiam dan amat sukar berbicara dengannya. Wajahnya, terutama sekali matanya nampak kosong seperti tiada perasaan langsung. Kebanyakan soalan yang disoal Ezry hanya dibalas dengan anggukan atau gelengan. Kadangkala saja dia akan bercakap. Itupun hanya beberapa patah perkataan. Sesi soal-siasat itu memakan masa sejam lebih. Soalan terakhir, atau sebenarnya lebih kepada sebuah permintaan yang Ezry kemukakan adalah dia meminta mangsa untuk melakarkan wajah perompak yang sempat dicam oleh mangsa sebelum dia dibelasah teruk oleh mereka, memandangkan mangsa seorang yang punya bakat dalam lukisan. Mangsa tidak teragak-agak untuk melakarnya sebaik saja Ezry menyerahkan sekeping kertas putih kosong dan sebatang pensil yang disimpannya dalam kocek jaketnya. Ezry memerhatikan dengan tekun lakaran yang cuba dilakar oleh mangsa. Setelah lakaran itu siap, mangsa membalikkan kertas tersebut dan melakarkan satu lagi lakaran diatasnya. ‘Oh, dua rupanya,’ detik hati Ezry. Sebaik saja lakaran kedua itu selesai, mangsa menyerahkan kertas yang mempunyai dua lakaran perompak itu kepada Ezry. Ezry menyambutnya perlahan. Ezry seperti tak percaya sebaik saja melihat lakaran-lakaran yang dilakar oleh oleh si mangsa. Dia melihat kertas dan mangsa silih berganti dengan kerutan di dahinya. Betulkah apa yang dilakar oleh si mangsa ini? Dia tak menipu? Tapi masakan dia nak menipu pula? Dari riak wajah dan caranya dapat Ezry kesan, si mangsa yang muda itu tak berbohong. Dia akan tahu dan dapat dikesan jika seseorang itu tak berlaku jujur. Ezry naik cemas. Dia teringat tiba-tiba akan seorang lagi mangsa rompakan di wad yang berasingan.

Lakaran-lakaran ditangannya itu, sememangnya dikenalinya. Lakaran yang pertama pernah muncul di dalam mimpinya. Yang menikamnya sehingga sakitnya terbawa ke alam realiti. Dan seorang lagi…yang seorang itu amat tidak diduganya. Dia bijak menyembunyikan identitinya yang sebenar dan seterusnya memanipulasi pandangan orang lain, termasuk dirinya. Orang itu sekarang berada di wad yang lain, bersama seorang lagi mangsa rompakan. Erwan! Ya, dialah manusianya!

Ezry memanggil anggota polis yang mengiringnya sehingga ke wad ini, yang pada saat ini berada di luar wad.

“Konstabel! Masuk ke dalam sekejap!” Panggilnya.

Sunyi. Tak ada sahutan kedengaran dari luar. Tiada sebarang tindakan juga kelihatan. Ke mana perginya polis seorang ni?

“Kons…”

Belum sempat dia menyudahkan panggilannya lagi, tangannya dipegang oleh si mangsa. Ezry spontan menoleh ke arahnya. Si mangsa yang masih memegang tangan Ezry, menggelengkan kepalanya perlahan.

“Dia dah tak ada…tapi ada orang jahat kat luar.” Terang si mangsa perlahan.

Sebaik mendengarkan kata-kata si mangsa itu, Ezry terkesima. Wajahnya dipalingkan semula memandang pintu. Jantungnya terasa berdegup kencang. Tiba-tiba…

“Arggghhhhhh!!!”

Ezry menjerit kesakitan lalu terduduk dalam keadaan melutut. Dia memegang tangan kanannya yang terasa sakit tak terperi. Terasa seperti ada bisa yang sedang menjalar di dalam urat dan nadinya. Apa yang mangsa telah lakukan ke atasnya? Dia sudah tak mampu bertahan lagi lalu terssungkur di atas lantai wad itu. Kepalanya terasa berpinar dan pandangannya mulai kabur.

“Kau memang naif, Ezry. Kau ingat kau dah pandai sangat menilai orang. Heh.” Kata-kata satu suara yang dikenalinya, tetapi sayup bunyinya.

Derap kasut kedengaran melangkah menghampirinya yang sudah kaku, tak mampu bergerak lagi. Hanya matanya saja yang masih terbuka dan melihat apa dan siapa yang berada di sisinya. Wajah Erwan kelihatan depan matanya saat ini. Tidak lama kemudian, si mangsa yang disoal-siasatnya, yang juga memegang erat tangannya tadi kini berdiri di sisi Erwan. Dia hanya memandang Ezry dari atas dengan pandangan matanya yang tajam dan kosong. Erwan tersenyum sinis melihat Ezry.

“Dia hidup dibawah tangan aku. Aku yang angkut dia semasa kau dengan orang-orang kau membunuh ibubapanya ketika operasi pasukan kau tu dulu.” Jelas Erwan. Dia melepaskan ketawa sinisnya perlahan.

Apa yang disampaikan oleh Erwan itu memang mengejutkan Ezry. Tetapi Ezry tak mampu berbuat apa-apa lagi ketika ini. Lalu, kenapa budak itu ditempatkan disini? Apa motif sebenarnya?

“Mangsa rompakan cuma ada seorang kat sini. Saja aku buat report kat si Hamidon tu yang ada seorang lagi mangsa ditempatkan di sini. Aku tahu dia kan hantar kau untuk menyoal-siasat salah seorang mangsa.” Sambung Erwan. “Dan sengaja aku buat dalam laporan yang dia ni salah seorang mangsa, supaya dia dapat balas perbuatan yang telah kau lakukan ke atas kedua orang tuanya.”

Allah…itukah rancangan sebenar Erwan? Ya, dia ingat yang dia dan pasukannya pernah membunuh sepasang suami isteri dalam sebuah operasi memburu penjenayah. Pasangan suami isteri itu merupakan pengedar dadah dan penyeludup senjata api. Mereka juga pernah terlibat dalam kegiatan samun sehingga menimbulkan huru-hara pada negara setahun yang lalu. Itu bukan salahnya, tapi salah pasangan suami isteri tu, yang juga ibubapa budak tu. Kenapa pula Erwan nak mempertahankan dia?

“Oh, sebelum aku terlupa. Kau mungkin tertanya kenapa aku sendiri terlibat dalam hal ini. Ibu budak ini, adalah kakak aku!”

Selepas Erwan meluahkan ayat-ayat itu, kakinya terus menendang tubuh Ezry bertubi-tubi sehingga tubuh Ezry menjadi longlai. Ezry semakin lemah. Darah hangat lebat mengalir dari bibirnya yang sudah cedera. Wajah dan lengannya sudah mulai lebam. Kesakitan dan keperitan menjalar di seluruh tubuhnya kini. Penglihatannya sudah semakin kabur.

“Sebelum aku mengundur diri…”

Erwan mengeluarkan sebilah pisau komando dari dalam kocek seluarnya lalu mencangkung di sisi Ezry. Dia memberikan senyuman yang teramat sinis lalu menikam belakang telapak tangan kiri Ezry yang terjulur berdekatan wajahnya.

“Arrrgggghhhhhhhhh!!!!!” Ezry menjerit kuat, menahan kesakitan.

“Hadiah untuk kau!” Erwan berkata dengan suara yang keras, lalu mencabut pisau komando itu dari telapak tangan Ezry dengan kasar. Sekali lagi jeritan lantang Ezry kedengaran.

Setelah Erwan puas dengan perbuatan gilanya, dia dan budak lelaki itu lari meninggalkan wad tersebut, seterusnya membiarkan Ezry yang sudah pun nyawa-nyawa ikan itu di situ. Detak jantung Ezry sudah semakin lemah. Nafasnya terasa tersekat di kerongkongan ketika ini. Akhirnya Ezry menutup mata dan diam tak berkutik. Jasadnya kaku di situ.

Ezry terasa tubuhnya digoncang oleh seseorang. Dia membuka matanya perlahan. Kelibat seorang lelaki menyapa tubir matanya, walaupun ketika itu penglihatannya masih kabur. Lelaki itu bangkit, lalu berpaling dan berjalan menuju ke arah sebuah bangku yang terletak tidak jauh dari hujung katil Ezry. Setelah itu dia duduk membelakangi Ezry dan seperti sibuk melakukan sesuatu. Siapa lelaki ni?

“Selagi nadimu masih berdenyut, kau tak layak berada di sini.” Ujarnya.

Ezry bangkit dari pembaringannya dengan penuh kepayahan, lalu duduk menyandar di kepala katil. Seluruh tubuhnya masih terasa sakit. Dia merenung lelaki yang berada di depannya itu.

“Apa maksudmu? Aku di mana sebenarnya ni?.” Soal Ezry yang merasa kurang senang dengan apa yang disaksikan dan didengarnya. Kepalanya masih berdenyut.

“Bukan di alammu.” Jawab lelaki itu ringkas.

“Lalu aku di mana sekarang ni?” Soal Ezry lagi.

Lelaki itu berhenti membuat kerjanya. Dia terdiam seketika sebelum berdiri perlahan-lahan lalu berpaling semula menghadap Ezry. Ezry terkejut bukan kepalang apabila melihat wajah lelaki itu. Aqif? Aqif kan sudah terlebih dulu dijemput Illahi? Bagaimana…..

“Seperti yang aku katakan tadi, ini bukan alammu. Belum sampai masanya kau menjejakkan kaki ke sini. Pulanglah kembali ke alammu.” Balas lelaki yang bernama Aqif itu kepada persoalan Ezry.

Ezry cuba untuk bangkit dari katil itu dan memaksa kakinya untuk berdiri, tetapi terjelepok kembali ke atas katil. Dia masih belum berdaya untuk berdiri. Dia melepaskan satu keluhan berat. Dia mengangkat kepalanya dan memandang Aqif.

“Bagaimana aku nak pulang, sedangkan aku tak tahu jalannya? Aku tak tahu di mana jalan pulang.” Jelas Ezry.

“Jalan pulang itu ada di dalam diri kau.” Terang Aqif ringkas.

Dalam diri? Ezry tak faham apa yang dimaksudkan Aqif itu. Jalan pulang ada di dalam diri?

Aqif melangkah perlahan menghampiri Ezry. Sesudah dia berada betul-betul di depan Ezry yang sedang duduk di tepi katil itu, dia menekan kuat dahi Ezry menggunakan jari telunjuk dan jari hantunya yang dirapatkan. Ezry seperti terkena renjatan elektrik. Tubuhnya terasa kejang tetapi mindanya bergerak. Ingin rasanya dia hendak meraung tetapi tersekat di halkum. Jasadnya seperti berada di awang-awangan saat ini. Tidak lama kemudian, dia suasana di sekelilingnya berubah menjadi gelap. Teramat gelap. Tidak ada satu cahaya pun yang menembusi tempat itu.

Ezry merasa sedikit cemas dengan keadaan itu. Dia berdiri perlahan dan melangkah dalam keadaan terhencut-hencut. Baru saja dia melangkah dalam beberapa tapak, dia terjelepok tiba-tiba. Ada benda yang cuba menyerangnya, tetapi dia tak nampak bagaimana rupanya. Degupan jantung Ezry terasa kencang. Dia menggagahkan diri untuk bangkit semula dan berjalan untuk mencari jalan keluar dari situ. Dia diserang sekali lagi, tetapi kali ini dia mampu bertahan dengan serangan dari benda asing itu. Benda itu terbang. Ezry tak dapat pastikan apakah dia benda berkenaan. Tapi dia merasakan benda itu bukannya betul-betul seekor burung, kerana dia terasa benda itu sebesar seorang manusia. Ezry bergerak lagi mencari arah untuk melepaskan diri. Dia mulai terasa lemas berada di dalam suasana gelap itu. Tambahan lagi dia diserang oleh satu benda yang tidak dikenalinya. Kali ini Ezry mempercepatkan lagi langkahnya walaupun terasa menyucuk di kakinya. Sebelum keadaan menjadi lebih parah, dia mesti bertindak dengan secepat mungkin.

Sayup kedengaran bunyi kepak dikibarkan. Ezry cuba meraba dinding di depannya dengan harapan akan terjumpa sebuah pintu. Setelah gagal menemui sebarang pintu di kawasan berhampiran itu, dia cuba beranjak lagi ke sebelah kanannya. Dia tak putus asa. Sambil meraba dinding, kepalanya tetap tertoleh-toleh ke belakangnya. Bunyi kepak itu datangnya dari belakang. Dia tak tahu, berapa luas ruang dimana dia berada ketika ini. Sedang dia asyik menoleh ke belakang, tiba-tiba benda itu menyerangnya dari arah kiri sehingga dia tersungkur. Pipi kirinya terasa perit seperti dicakar. Dia bingkas bangun lalu menyambung semula pencariannya. Walauapapun yang terjadi, dia takkan putus usaha. Gerakannya semakin cepat. Dia sudah tak mengendahkan lagi segala kesakitan yang dialaminya waktu ini, mahupun bunyi kepak yang dikibar kencang itu. Semangatnya tiba-tiba menjulang tinggi dan keazamannya menjadi sekeras besi. Dia nekad mahu meninggalkan sesegera mungkin. Tak ada satu pun yang boleh menghalangnya. Itulah tekadnya. Setelah beberapa lama dia mencari, tiba-tiba tangannya tersentuh sesuatu yang agak berlainan dari dinding sebelum ini. Dia cuba merabanya untuk memastikan apakah itu dinding atau mungkin struktur lain. Ataupun, mungkin juga itu pintu yang dicari. Rona wajah Ezry tiba-tiba berubah. Bibirnya menguntum senyum. Pintu! Dia telah menemui sebuah pintu!

Belum sempat dia cuba membuka pintu itu, tiba-tiba dia diserang lagi oleh benda itu sehingga dia terjelepok buat ke sekian kalinya. Baru saja dia cuba hendak bangkit, benda itu menerjahnya kuat sehingga dia jatuh terlentang. Benda itu semakin menggila nampaknya sesudah Ezry berhasil dalam mencari kedudukan pintu itu. Ezry sudah penat dan bosan diserang saja. Dengan tak semena-mena, jiwa Ezry merusuh. Tiba-tiba saja dia hatinya menggelegak hebat, bagaikan air yang mendidih. Panas terasa. Dia bangun semula dan mula berjalan menuju ke pintu yang sudah dijumpainya itu. Benda itu datang kembali untuk menyerang belakang Ezry. Belum sempat ia menyerang Ezry, Ezry sudah pun berpaling dan melibaskan tangannya ke arah benda itu dengan kuat. Tiba-tiba saja Ezry begitu bertenaga. Rasa cemas, gerun dan gentarnya sudah hilang entah ke mana dan diganti dengan rasa amarah yang membuak. Benda itu terpelanting dan mengeluarkan bunyi seperti burung gagak. Tapi Ezry yakin, itu bukannya gagak. Masakan gagak besarnya sebegitu. Benda itu tak berputus asa. Ia bangkit dan mencuba untuk menyerang Ezry lagi. Setelah berada begitu hampir dengan Ezry, satu tumbukan yang cukup padu dilepaskan oleh Ezry. Kali ini ia terpelanting lebih jauh dari tadi, seterusnya api marak tiba-tiba, membakarnya. Kali ini bunyinya sudah berubah, dari bunyi seperti gagak menjadi seperti anjing melolong. Walaupun kegelapan itu sekarang diterangi sedikit oleh cahaya api yang membakar benda itu, Ezry tetap tak dapat mengesahkan apa sebenarnya benda yang menyerangnya itu. Tapi Ezry sudah tak ambil kisah apapun bendanya. Yang penting, pintu keluar sudah berada di depan matanya. Dia melangkah semula menuju ke pintu tersebut. Dia memulas tombol pintu dan membukanya perlahan. Setelah pintu dibuka luas, cahaya terang-benderang menerjah masuk anak mata Ezry sehingga pandangannya menjadi silau.

“Syukur, alhamdulillah. Abang dah sedar!” Sapa satu suara.

Dia membuka matanya. Apa? Dia berada di hospital?? Terkebil-kebil dia seketika. Dia memandang sekelilingnya. Pengarah jabatannya, Tuan Hamidon dan adiknya yang berada di situ. Dia membelek dirinya sendiri. Dia terlantar di atas katil hospital rupanya. Berapa lama sudah dia berada di sini?

“Tiga minggu lebih abang tak sedarkan diri. Hari tu doktor kata abang dah tak ada harapan untuk terus hidup sebab kecederaan abang teruk sangat, terutama di bahagian kepala.” Jelas adiknya dalam nada yang kedengaran sayu.

“Tapi kami tak putus asa, bang. Kami yakin dan percaya dengan ketentuan Tuhan.” Sambungnya lagi.

“Syukurlah kau selamat, Ez.” Ujar Tuan Hamidon ringkas, setelah suasana sunyi seketika.

Perlahan, Ezry melepaskan sebuah keluhan berat. Dia masih belum mampu bergerak dan bersuara waktu ini. Masih terlalu lemah. Tiga minggu lebih rupanya dia berada di alam lain. Tapi kejadian itu terasa bagaikan sehari, ketika dia terjumpa Aqif sehinggalah dia di dalam ruang gelap itu. Ini adalah kali kedua dia koma dan dimasukkan ke hospital. Malang sungguh nasibnya tahun ini.

Ezry kembali memandang mereka berdua. Tiba-tiba Ezry terpandang seseorang di celah-celah antara Tuan Hamidon dan adiknya. Lelaki itu berwajah pucat dan merenung Ezry tak berkelip. Berkerut dahi Ezry melihat orang tu. Tuan Hamidon dan adik Ezry hairan melihat ekspresi wajah Ezry. Adik Ezry spontan menoleh ke belakang, lalu berpaling semula memandang Ezry setelah dilihatnya tiada apa-apa yang menarik perhatian.

“Kenapa bang?” Soal adik Ezry hairan.

Ezry tersentak. Dia menggeleng kepalanya sebagai jawapan kepada persoalan adiknya itu. Dia berbohong. Seketika kemudian, Ezry cuba mengangkat tangan kanannya perlahan dan melambai lemah kepada adiknya. Adiknya faham akan isyarat yang diberikan oleh abangnya itu, lalu melangkah menghampiri Ezry. Ezry menarik tangannya perlahan lalu berbisik sesuatu padanya. Adik Ezry mengangguk lalu berpaling semula dan berjalan ke arah Tuan Hamidon.

“Tuan. Abang kata, dia nak kita tinggalkan dia dulu. Dia nak tenangkan diri, katanya.” Adik Ezry memberitahu Tuan Hamidon.

Tuan Hamidon tak banyak cakap. Dia menganggukkan kepalanya lalu beredar dari situ bersama adik Ezry. Setelah mereka keluar, Ezry kembali memandang lelaki yang masih berada di dalam bilik khas dalam wad itu. Dia tak ke mana-mana.

“Kenapa kau di sini?” Tanya Ezry kepada lelaki itu. Walaupun masih dalam keadaan yang lemah, dia tetap berkeras mahu membuka mulut bertanya.

Lelaki itu tersenyum nipis.

“Akhirnya kau berjaya keluar dari alam itu.” Sahutnya tanpa menjawab persoalan Ezry.

“Kau belum jawab soalan aku lagi, Qif.” Balas Ezry tak puas hati.

“Aku tak perlu jawab soalanmu. Aku cuma nak kau tahu, manusia-manusia yang cuba hendak membunuhmu masih bebas. Jejak mereka masih belum dapat dikesan. Dan…hati-hati dengan manusia-manusia di sekelilingmu.”

Usai dia berkata begitu, dia terus melangkah pergi lalu menghilang di balik dinding bilik. Ezry memejamkan matanya, lalu menghempaskan keluhan kecil. Aqif hanya datang untuk memberinya sebuah amaran dan peringatan. Setelah mendengar kata-kata Aqif, kini dia terasa seolah-olah hidupnya sudah tak selamat lagi. Dia bagaikan diburu dari segenap arah. Entah. Mungkin juga itu perasaannya saja. Mungkin dia terlalu memikirkan kata-kata Aqif itu.

“Kau yang sekarang sudah tak sama dengan kau yang sebelum ini. Hati-hati, Ezry…”

Ezry terkejut. Satu suara yang kedengaran seperti sebuah bisikan bergema di pendengarannya. Matanya meliar melihat sekeliling bilik itu.

“Kau siapa?” Ezry bertanya.

Tiada sahutan. Senyap saja.

“Kau siapa sebenarnya?” Ezry mengulangi pertanyaannya

Tetap tiada sahutan kedengaran. Akhirnya Ezry mengalah. Dalam keadaannya yang masih tak stabil, dia hanya ingin merehatkan diri ketika ini. Perlahan-lahan dia menutup matanya. Akhirnya dia terlena…

Tempoh dia berada di hospital kali ini agak lama dari yang lepas. Hampir dua bulan dia diberada dan dirawat di hospital. Sekarang dia sudah dibenarkan pulang oleh doktor yang merawatnya memandangkan dia sudah pulih seperti sediakala. Ketika dia melangkah keluar dari wad itu dan berjalan melalui lorong hospital, dia terperasan pandangan matanya seperti ada kelainan. Tiba-tiba saja dia dapat melihat benda-benda yang sepatutnya tak dapat dilihat. Roh-roh yang bergentayangan, atau mungkin makhluk halus, bertebaran di sana sini di sepanjang lorong di hospital itu. Dia tahu mereka itu bukan manusia kerana rupa fizikal mereka. Makhluk-makhluk itu juga seakan menyedari bahawa dia mampu melihat mereka. Mereka semua menoleh dan memberikan sebuah pandangan yang amat tajam kepadanya semasa dia melintas di depan mereka. Tiba di kawasan lif, dia ternampak seseorang bersandar berdekatan dengan pintu salah sebuah lif. Ezry memandangnya dengan rasa sebal. Kenapa lelaki itu masih mengekorinya? Lalu dia mempercepatkan langkahnya dan berhenti betul-betul di depan lelaki itu.

“Kau kenapa sebenarnya, Qif? Kau kerap ekori aku ni kenapa?” Ezry terus meluahkan persoalannya, tanda rasa tak puas hati.

Aqif merenungnya dengan wajah yang tak beriak.

“Kau dah nampak kan bagaimana penglihatan kau sekarang? Kau dah tak normal. Sekarang kau sudah mampu melihat alam lain. Hijab kau dah terbuka dan pancaindera ke enam kau sekarang dah menguasai diri kau.” Jawab Aqif tenang.

“Lalu, apa kaitannya semua ini dengan kau? Dan kenapa ini terjadi padaku?” Ezry masih mahu bersoal-jawab dengan Aqif.

Aqif meluruskan badannya dan berdiri tegak menghadap Ezry.

“Kau akan terserempak dengan manusia yang ingin membunuhmu berserta budak lelaki yang bersamanya. Kau akan tahu sekejap lagi, siapa mereka sebenarnya.” Balas Aqif lalu mulai bergerak meninggalkan Ezry.

“Hei, Qif.” Panggil Ezry sambil mengekori langkah Aqif. Aqif tak mengendahkan panggilannya.

“Qif!” Panggilnya lagi dengan nada yang agak kuat dari tadi.

Aqif seperti tak mendengar panggilannya lalu lesap sekelip mata. Ezry merengus dan menyumpah kuat. Setiap kali dia meminta penjelasan yang lebih jelas dari Aqif, setiap kali itulah jua Aqif menghilangkan diri. Apa sebenarnya yang Aqif inginkan?

Ezry meneruskan langkahnya untuk masuk ke perut lif. Dia menekan butang ‘G’ untuk turun ke aras bawah. Setelah pintu lif terbuka, dia melangkah keluar menuju ke lobi hospital. Adiknya yang akan menjemputnya nanti. Ramai manusia berada di aras bawah ketika itu. Mungkin nak melawat sahabat-handai atau saudara-mara mereka, memandangkan hari itu adalah Hari Ahad. Matanya tertancap pada dua orang lelaki yang berada di kalangan manusia-manusia yang lalu-lalang. Seorang lelaki dewasa dan seorang lagi kanak-kanak. Wajah lelaki dewasa itu kelihatan tenang, manakala kanak-kanak itu kelihatan bengis. Ezry mengenali mereka. Semasa mereka menoleh ke kiri, mata Ezry tiba-tiba membulat. Dia seperti tak percaya apa yang dilihatnya. Inikah yang dimaksudkan oleh Aqif tadi? Jelas kelihatan di mata Ezry, wajah sisi kanan mereka berdua buruk. Berlubang, berdarah dan berulat. Ezry seperti dapat meneka sekarang, siapa mereka sebenarnya. Patutlah dia tak semena-mena terasa seperti renjatan elektrik semasa budak tu menggenggam kuat tangannya. Kalau manusia biasa, takkan adanya sampai jadi begitu.

Ezry berdiri kaku. Kedua-dua tangannya dikepal erat menjadi penumbuk. Tidak ada rasa takut dalam dirinya menghadapi makhluk-makhluk itu, sebaliknya amarahnya yang timbul menguasai dirinya. Dia memandang mereka berdua dengan pandangan yang penuh kebencian.

“Aku akan tamatkan riwayat mereka!”

Itulah azam Ezry. Dan itulah jua dendam kesumatnya.

‘Leaning over you here
Cold and catatonic
I catch a brief reflection
What you could and might have been
It’s your right and your ability
To become my perfect enemy’

-TAMAT-

HARAPAN

Sudah lima kali dia menyertai sukan berprestij itu. Lima kali. Dan kemungkinan juga kali ini adalah kali terakhir dia menyertainya. Pada tahun 2011 yang lalu, dia berjaya meraih pingat gangsa dalam acara Kumite Berpasukan dan pingat perak dalam acara Kumite Lelaki Perseorangan bawah 55 Kilogram pada tahun 2013. Untuk kali ini, dia masih belum tahu akan nasibnya. Akan berjayakah dia merangkul pingat gangsa setelah dia gagal meraih pingat emas dan perak kerana tewas di tangan atlet dari Indonesia? Mampukah dia menewaskan lawannya yang seterusnya yang begitu hebat beraksi di gelanggang? Dia sendiri sudah menyaksikan akan kehebatan para atlet dari negara-negara ASEAN yang lain. Walaubagaimanapun, dia berjaya menewaskan lawannya dari Timor-Leste di pusingan kedua. Itu yang memberikannya sedikit harapan untuk merebut pingat gangsa di pusingan seterusnya.

‘InsyaAllah. Tiada yang mustahil jika berusaha’, dia bermonolog sendiri.

“Fida’iy. Kamu sudah sedia?”. Pertanyaan seseorang yang dikenalinya itu mematikan lamunannya.

“Ya, sudah sensei”, jawabnya ringkas.

Insan yang digelarnya ‘sensei’ itu merupakan salah seorang jurulatih karate-do di dalam acara kumite atau tanding dalam Bahasa Melayunya. Sensei Haji Okhida Simangasing. Jurulatih yang berasal dari Indonesia. Dia telah lama berkhidmat dengan Brunei Darussalam Karate-do Federation atau ringkasnya BRUKAF dan sudah ramai atlet karate-do negara dalam acara kumite yang diasuhnya. Sensei Haji Okhida seorang jurulatih yang tenang tapi tegas dalam melatih. Ramai atlet negara yang menyenangi sikap dan caranya.

“Kalau begitu, kita harus bersedia sekarang. Perlawanan kamu akan berlangsung tidak lama lagi”, katanya sambil menepuk perlahan bahu Fida’iy.

Fida’iy menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menghembuskannya perlahan. Terasa jantungnya berdegup kencang. Walaupun luarannya nampak tenang, tapi hakikatnya dia merasa begitu resah. Lima kali menyertai Sukan Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai SEA Games itu masih tak mampu membuatnya bertenang sebelum berlawan. Ya, itu perkara biasa bagi seorang atlet. Mana-mana acara pun pasti tetap terasa berdebar apabila perlawanan belum selesai. Apatah lagi perlawanan di dalam sukan peringkat serantau dan antarabangsa. Lebih meresahkan daripada perlawanan di peringkat daerah atau kebangsaan, kerana ketika ini dia sedang membawa nama negara. Dia sedang memikul amanah serta harapan negara di bahunya. Tambahan lagi di pusingan ketiga ini, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan sendiri yang turun ke Kuala Lumpur Convention Centre itu, untuk turut sama menyaksikan perlawanannya selepas ini. Dia berjanji kepada dirinya sendiri untuk membuat yang terbaik dalam perlawanan seterusnya.

Setelah gear siap dipakai, dia menunggu di tepi gelanggang sementara menunggu namanya diumumkan. Pada pusingan ketiga itu, dia ditempatkan di sudut merah atau aka di dalam istilah karate. Sempat dia menoleh ke arah jurulatihnya. Sensei Haji Okhida turut memandangnya dan memberikan isyarat thumbs up kepadanya. Fida’iy membalas kembali isyarat tersebut dengan memberikan isyarat yang sama.

Tidak lama kemudian, namanya dan nama lawannya diumumkan lalu kedua-duanya memasuki gelanggang dan berdiri di sudut masing-masing. Setelah pengadil memberikan arahan ‘mula’, maka perlawanan pun dimulakan. Fida’iy kelihatan begitu bersungguh-sungguh dalam memberikan serangan terhadap lawannya dari Thailand tersebut. Tetapi atlet Thai itu juga tidak kurang cekapnya. Gerakannya cukup pantas sehingga mampu membalasi serangan-serangan yang diberikan oleh Fida’iy dengan baik. Sudah beberapa kali Fida’iy tidak mampu mengelak dari serangan yang diberikan dan tangkisannya masih berjaya dibolosi oleh lawannya. Sebuah tendangan tinggi yang diberikan oleh atlet Thai tersebut membuatkan mata yang diperolehi oleh Fida’iy ketinggalan jauh, memandangkan nilai bagi tendangan tersebut adalah tinggi berbanding dengan tendangan rendah dan tumbukan. Fida’iy sedaya upaya membalas kembali tendangan tersebut dengan memberikan tendangan yang sama, namun berjaya di ashi barai atau dibanting oleh lawannya. Sekali lagi atlet Thai tersebut berjaya mengumpulkan tiga mata penuh. Kini Fida’iy ketinggalan lima mata di belakang lawannya dengan kiraan enam berbalas satu. Walaupun ketinggalan jauh, dia tak akan berputus asa. Tidak sekali-kali. Dia bangkit semula untuk menghadapi lawannya. Kali ini dia mencuba nasib dengan memberikan tumbukan di leher lawan.

Yame!!”, kedengaran arahan dari pengadil untuk menghentikan sebentar perlawanan.

Fida’iy dan lawannya kembali semula ke sudut masing-masing. Pengadil menerangkan sesuatu lalu memberi isyarat tangan ke sudut merah. Fida’iy berjaya meraih satu mata hasil dari tumbukan yang diberikannya tadi. Kini mata yang diperolehi adalah enam berbalas dua. Perlawanan disambung semula. Kali ini lawannya tampak lebih cergas dari sebelum ini. Masa perlawanan juga sudah semakin ke penghujung. Kedua-duanya saling tak melepaskan peluang yang ada. Fida’iy gigih memberikan serangan bertalu-talu kepada lawannya. Gema sorakan dari penyokong-penyokong negara juga membuatkannya terus bersemangat menghadapi lawannya. Walaubagaimanapun, sekali lagi Fida’iy berjaya ditinggalkan oleh lawannya. Kali ini lawannya memberikan tendangan rendah, tepat mengenai perutnya. Lapan mata berbalas dua kini. Tidak lama kemudian wisel penamat dibunyikan. Masa perlawanan telah tamat. Kedua-dua peserta kembali semula ke sudut masing-masing dan pengadil mengumumkan serta memberi isyarat tangan ke sudut biru, menandakan bahawa peserta di sudut biru beroleh kemenangan. Fida’iy tumpas di tangan atlet Thai tersebut.

Setelah keluar dari gelanggang dan berjalan menuju ke bilik persalinan, bahu Fida’iy sekali lagi ditepuk lembut oleh Sensei Haji Okhida.

“Kamu sudah pun melakukan yang terbaik, Fida’iy. Kalah menangnya, itu sudah adat pertandingan. Kamu tetap yang terbaik. Tahniah, ya”, ujar Sensei Haji Okhida.

Fida’iy mengangguk perlahan. Walaupun terasa sedikit kecewa di dalam hatinya kerana gagal membawa pulang pingat gangsa, dia tetap merasa bersyukur kerana sekurang-kurangnya, dia telah membuat yang terbaik untuk perlawanan ini dan dia tak main-main. Kata-kata yang berbaur pujukan dari Sensei Haji Okhida itu juga sedikit sebanyak mampu memadamkan kekecewaannya.

“Terima kasih, sensei. Saya ingat, sekarang sudah tiba masanya saya mengundur diri dari arena ini.”, jelasnya.

Sensei Haji Okhida memandangnya lama dan tak berkelip. Reaksinya seperti orang yang tak percaya. Mungkin terkejut mendengarkan penjelasan Fida’iy itu.

“Kamu serius? Kamu masih muda lagi. Kamu masih mampu melangkah lebih jauh lagi di masa akan datang. Kamu punya potensi yang besar, Fida’iy. Kenapa kamu harus mengundur diri begitu awal?”, tanyanya. Dia merasakan keputusan Fida’iy itu sukar untuk diterima oleh akalnya. Masih muda tapi sudah mahu mengundur diri? Sayang sekali. Masih banyak peluang lagi untuk meraih kejayaan.

Fida’iy terdiam seketika. Dia mencari ayat-ayat yang sesuai untuk diperkatakan kepada jurulatihnya itu. Setelah mendapat ilham, barulah dia membuka mulut untuk berkata-kata.

“Ada ramai lagi ahli-ahli karate di Brunei yang jauh lebih muda dan punya potensi untuk menjadi atlet yang berbakat, sensei. Saya sudah pun berkali-kali menyertai pertandingan di peringkat serantau mahupun antarabangsa dan saya sudah puas merasainya. Kerana itu saya mahu peluang seterusnya diberikan kepada atlet-atlet muda kita. Berikan mereka peluang untuk merasakan pertandingan di luar negara seperti ini. Jika kita tak berikan mereka peluang, bagaimana kita akan tahu sejauh mana kebolehan mereka? Saya yakin, potensi mereka jauh lebih besar daripada saya dan insyaAllah, mereka akan mampu memecahkan rekod saya di masa akan datang”, jawabnya panjang lebar.

Sensei Haji Okhida melepaskan satu keluhan kecil sebaik mendengarkan kata-kata yang terluah dari mulut Fida’iy itu.

“Kalau itu keputusan kamu, saya tidak dapat buat apa-apa. Cuma nasihat saya, fikir lagi. Saya tidak mahu kamu menyesal nanti. Kamu mengerti kan kata-kata saya ini?”, ujarnya sambil menepuk-nepuk bahu Fida’iy.

“Saya pergi dulu, ya”, sambungnya lagi, lalu meninggalkan Fida’iy yang berada di dalam bilik persalinan tersebut.

Fida’iy memandangnya sehingga keluar bilik. Kali ini dia pula yang melepaskan keluhan. Dia menyandarkan belakang badannya ke dinding bilik tersebut lalu memejamkan matanya. Ya, dia sudah nekad dengan keputusannya itu!

 

Seminggu Selepas Sukan SEA…

Dia berdiri di hadapan tangga besar stadium tertutup tersebut. Dari luar sudah kelihatan ada beberapa orang ahli-ahli karate yang gigih membuat latihan. Kelibat Sensei Haji Okhida juga turut kelihatan berada di sana. Dia menggagahkan kakinya untuk melangkah setapak demi setapak menuju ke tempat latihan tersebut. Sebaik saja dia berada di sana, dia disapa oleh seseorang.

“Nah, ini dia orangnya baru timbul semula”, tegur orang tersebut.

Fida’iy lantas menoleh kepada yang empunya suara tersebut. Junaidi. Sahabat seperjuangannya di dalam pasukan kebangsaan, yang juga merupakan salah seorang atlet karate ketika di Sukan SEA baru-baru ini.

“Saja aku nak datang. Nak tengok latihan yang dijalankan”, terangnya tanpa sempat Junaidi menyoal tujuannya. Dia ternampak Junaidi membuka mulutnya, seperti hendak bertanyakan sesuatu.

Junaidi menumbuk lengannya lalu tertawa. Dia turut sama tertawa. Sensei Haji Okhida yang berada berdekatan, menoleh ke arah mereka berdua. Dia tersenyum lalu menganggukkan kepalanya kepada Fida’iy sebaik dia melihat siapa yang datang. Ketika itu dia sibuk melatih para atlet muda yang sedang tekun menjalani latihan.

“Bakal pelapis kita, bro. Aku boleh nampak mereka mempunyai bakat yang besar dalam karate ni. Pergerakan mereka pun cukup cantik dan tangkas. Mereka inilah harapan negara yang seterusnya. Mudahan mereka berjaya melangkah lebih jauh lagi”, Junaidi menyuarakan pendapatnya.

Fida’iy mengangguk. Dia khusyuk menyaksikan sendiri latihan yang dijalankan. Ya, Junaidi memang betul. Dia nampak potensi dan bakat yang ada di dalam diri para atlet muda dan baru tersebut. Apa yang pernah diperkatakannya kepada Sensei Haji Okhida ketika di Kuala Lumpur minggu lepas memang tak salah. Rasanya jika diasuh lagi dengan lebih intensif, mereka ini akan mampu mencapai tahap cemerlang dan tak mustahil ada di antara mereka nanti yang akan berjaya merangkul pingat emas di kejohanan-kejohanan yang akan datang. Dia menaruh harapan yang tinggi kepada para pelapis mereka di dalam acara karate ini.

‘Kalau yang lama sudah rebah, harapnya yang baru akan bangkit!’, monolognya sendiri.

Ya. Dia mahu melihat atlet-atlet baru karate di negara ini bangkit! Itu tekadnya!

KISS FROM A ROSE – Bhg 22

Kementerian Pertahanan, Kem Bolkiah, 0500 jam.

Keadaan pejabat masih lengang. Tidak ada satu pun kelibat manusia yang lalu-lalang dan berkeliaran di dalam pejabat tersebut kecuali dirinya. Kalau ada pun hanyalah polis-polis tentera yang berkawal di luar bangunan dan di tempat masuk ke setiap tingkat bangunan tersebut. Matanya meliar, memeriksa keadaan pejabat berkenaan untuk memastikan bahawa tiada seorang pun yang berada disana ketika itu kecuali dirinya. Setelah dia pasti dan berpuas hati, dengan pantas dia meluru masuk ke dalam sebuah bilik penyimpanan data-data rahsia pasukan dan negara. Bilik tersebut sebenarnya di handle oleh seorang pegawai bahagian IT dan mempunyai sistem kawalan yang sangat ketat untuk memasukinya. Tetapi dia telah berjaya menceroboh masuk tanpa diketahui oleh anggota-anggota lain, termasuklah pegawai IT. Apa yang orang tak tahu, dia juga mempunyai kebolehan yang tinggi di dalam bidang IT terutama sekali godam atau hack. Sebelum dia memasuki bilik tersebut, dia terlebih dahulu memastikan segala rangkaian kamera litar tertutup yang ada telah digodam supaya tidak berfungsi dengan baik ketika keberadaannya di sana.

Setelah dia berada di dalam bilik tersebut, dia terus mendapatkan sebuah komputer yang diletakkan tidak jauh dari pintu bilik. Dia perlu bertindak secepat mungkin sebelum anggota-anggota lain mula memasuki pejabat berkenaan dalam jam enam lebih nanti. Matanya ralit mencari sesuatu di dalam komputer tersebut tanpa berkalih sedikit pun. Dia berterusan sebegitu dalam masa setengah jam sehinggalah ke satu saat, wajahnya tiba-tiba berubah. Khusyuk dia membaca segala maklumat yang terkandung di dalam data yang baru dijumpainya itu. Dan wajah yang terpampang di dalam data itu…ya, wajah itulah yang dia nampak sewaktu bertembung dengannya di Kuala Belait kelmarin.

“Bekas pegawai polis? Mana rekodnya yang seterusnya?”, dia menyoal dirinya sendiri.

Rekod tentang bekas pegawai polis yang dimaksudkannya itu terhenti setakat kes pemecatannya saja. Apa yang terjadi dan apa jua kegiatannya selepas itu langsung tidak diketahui. Tidak ada pemantauan susulan dari pihak berkuasa terhadapnya.

‘Atau mungkin tidak direkodkan? Ataupun dia seorang yang licik dan sukar dijejaki? Atau…atau…arrggghhhhh!!!’, mindanya bermonolog.

Apa yang pasti, dia merasa tidak berpuas hati terhadap data tersebut. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena tentang bekas pegawai polis berkenaan, tambahan pula mempunyai rekod jenayah sebelum dipecat. Dia yakin, ada sesuatu yang ‘hilang’ dari data berkenaan. Amat yakin.

Jam ketika itu telah pun menunjukkan lima minit lagi ke angka enam. Dia bingkas bangun dan menutup semula komputer tersebut, seterusnya memulihkan semula keadaan kamera litar tertutup seperti sediakala. Dia berjalan keluar dari bilik dan pejabat tersebut seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Dalam masa yang sama, di tempat lain…

Ibu Pejabat Polis, Pasukan Polis DiRaja Brunei, Gadong.

Kecoh! Awal pagi yang sepatutnya aman dan tenang menjadi begitu kecoh dan sibuk. Mereka baru saja menerima laporan dari Balai Polis Panaga 15 minit yang lalu; salah seorang pegawai dari cawangan Ibu Pejabat Polis Gadong mengalami kecederaan serius setelah dijumpai terlantar di tempat letak kereta di Taman Jubli Anduki, Seria lewat tengahmalam semalam dan kini terpaksa dihantar ke Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait untuk menjalani rawatan. Hasil siasatan awal mendapati pegawai tersebut dipercayai dipukul di bahagian muka dan ditembak di rusuk kiri serta kaki kanannya ditikam bertalu-talu oleh seseorang. Ditembak?

Berkerut dahi Armin atau panggilannya Arm mendengarkan penjelasan tersebut. Bagaimana boleh berlaku tembakan? Dari mana orang tersebut mendapatkan senjata api? Apa sebenarnya yang telah terjadi? Apa motifnya? Siapa orang itu? Apa? Bagaimana? Kenapa? Berbagai persoalan menerjah minda Arm. Sesungguhnya, apa yang terjadi pada awal pagi ini sangat memeningkannya. Serasa berputar dunianya ketika ini. Dan apa yang lebih mengejutkannya lagi, rakan sejawatnya sendiri yang terlibat di dalam kes ini. Dia mahu melihat sendiri keadaan rakannya itu ketika ini dan mendengar penjelasan rakannya dengan telinganya sendiri tentang apa yang terjadi.

Tiba-tiba dia teringat akan Zahra. Adakah dia telah maklum akan kes ini memandangkan Zahra merupakan penolong pegawai tersebut? Tapi jika dia fikirkan semula, seperti mustahil pula jika Zahra belum maklum. ‘Tapi apa pula mustahilnya?’, fikirnya lagi. Dia menjadi serba salah samada hendak menghubungi Zahra ataupun sebaliknya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk membiarkan saja. Dia yakin, Zahra telah dimaklumkan melalui pengarah jabatannya.

Seorang anggota berpangkat rendah datang menemuinya beberapa minit kemudian.

“Tuan. Ada call dari Hospital Suri Seri Begawan untuk tuan”, lalu dia menyuakan telefon bimbitnya kepada Arm.

Arm segera menyambut telefon bimbit tersebut.

“Helo, ASP Armin bercakap”, Arm memulakan perbualan.

Lama dia terdiam mendengarkan segala butiran kata yang dicakapkan di talian sebelah sana. Hanya sekali-sekala dia menyampuk.

“Ya, baiklah. Saya akan ke sana sekarang”. Arm seterusnya mematikan talian setelah perbualan tersebut tamat lalu menyerahkan semula telefon bimbit tersebut kepada anggota berpangkat rendah berkenaan.

“Ada apa tuan?”, tanyanya inginkan kepastian.

“Ada tugas di sana, sarjan. Awak dan Koperal Alisham, ikut saya ke Hospital Suri Seri Begawan sekarang”, arah Arm.

Demi mendengarkan arahan tersebut, mereka pun bersiap dalam kadar segera. Mereka harus menyoal siasat pegawai berkenaan mengenai kejadian semalam. Dan Arm sendiri pun sememangnya tak sabar hendak mengetahui kisahnya.

Kejadian semalam…

Taman Jubli Anduki, Seria, 1900 jam.

Dia menghentikan enjin sebaik saja meletakkan keretanya di tempat letak kereta taman berkenaan lalu keluar dari perut kereta dan berdiri tidak jauh dari situ. Matanya meliar memerhatikan sekeliling taman untuk memastikan tiada sebarang pergerakan yang mencurigakan di situ walaupun keadaan waktu itu agak gelap. Dia mengerling jam tangannya. Sudah pun masuk jam 7 malam. Tapi kelibat manusia yang dinantikan nampaknya masih belum kunjung tiba.

Kerana bosan menantikan kehadiran orang yang ditunggu, dia cuba menggagahkan diri untuk berjalan-jalan di sekeliling taman tersebut sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Adakalanya dia duduk di atas pagar penghadang berdekatan tasik taman. Melihatkan jam sudah makin beranjak jauh ke larut malam, dia mula merasakan dirinya seperti ditipu oleh lelaki yang menghubunginya pagi tadi lalu membuat keputusan untuk pulang semula ke Muara. Hatinya ketika itu berbaur antara ingin tahu, letih dan marah kerana merasakan masanya telah terbuang begitu saja.

Baru saja dia berpaling ke belakang dan hendak melangkah menuju ke keretanya semula, tiba-tiba…

Hello ASP Ilham. Nice to see you in person“.

Seorang lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba berdiri betul-betul di depannya dan hanya dalam jarak beberapa meter saja darinya. Dia cuba mengamati wajah lelaki tersebut bilamana kedengaran bunyi tembakan pistol yang menggunakan silencer dilepaskan.

Dia terasa rusuk kirinya tersangat pedih dan perit sehinggakan akhirnya dia tidak mampu lagi untuk menampung kekuatan tubuhnya. Dia rebah di situ juga. Serasa peluhnya bercucuran membasahi pakaiannya dan dalam masa yang sama seperti ada cecair yang pekat dan hangat keluar dengan begitu banyak sehingga membasahi rusuk kirinya yang terasa perit itu. Nafasnya terasa kencang dan tersekat. Dia kesakitan. Dia tahu dia telah ditembak oleh lelaki itu.

Lelaki yang menembaknya tadi, kini berada disisinya yang telah terlentang di atas tempat letak kereta yang tidak jauh dari keretanya.

Well, ASP Ilham. Tell me about something you know regarding the syndicate that you and your team currently pursue. Aku tahu kau mempunyai maklumat yang cukup tentangnya. Just…tell…me…“, dia sengaja meleretkan suaranya ketika dia mengucapkan ayat-ayat yang terakhir tersebut sambil memain-mainkan pistolnya di depan Ilham.

No fucking way!“, balas Ilham kasar dan dalam nada tersekat-sekat. Dia tahu, lelaki ini pasti mempunyai niat jahat.

Lelaki tersebut merenungnya tajam. Beberapa saat kemudian dia melepaskan tawa ‘histeria’nya sebelum melepaskan satu tumbukan ke wajah Ilham. Ilham mengerang kesakitan.

“ASP Ilham. Aku ajukan pertanyaan aku sekali lagi. Tell me everything you know about the syndicate. Apa yang sudah kau ketahui tentangnya? Dari siapa? Dan bagaimana?”, tanyanya sekali lagi dengan nada yang lebih keras.

“Aku takkan beritahu apa-apa kepada manusia bangsat seperti kau”, jawab Ilham perlahan.

Sebaik saja dia mendengarkan jawapan Ilham itu, dia menghentakkan butt pistolnya ke wajah Ilham dengan sekuat hati. Sekali lagi kedengaran erangan Ilham.

“Kau memang hebat tuan ASP. Masih belum mahu membuka mulut ya? Aku mahu bertanya sekali lagi. Apa yang kau tahu tentang sindiket itu? Where did you know it? Who told you about it? How?“. Dia bertanyakan soalan yang sama kepada Ilham untuk ke sekian kalinya.

“Kau tak perlu tahu apa-apa tentang yang aku tahu. Itu bukan urusan kau!”. Ilham tetap tidak memberikan kerjasama kepada lelaki itu.

Lelaki itu sudah naik berang dengan jawapan Ilham. Kali ini dia memukul wajah Ilham bertubi-tubi sehinggakan darah banyak mengalir dari bibir dan hidungnya. Dia dibelasah teruk oleh lelaki itu sehinggakan dia menjadi semakin lemah. Setelah lelaki itu puas memukulnya, dia cuba bersuara lagi.

“ASP Ilham! Aku akan tanya kau lagi buat kali terakhir. Where…“.

Belum pun sempat dia menyudahkan pertanyaannya, Ilham terlebih dulu membalasnya.

“Aku tetap…tak akan…beritahu…apa-apa…kepada kau!”, ujarnya tersekat-sekat.

Fine, ASP. Kalau begitu jawapan kau…”, dia terhenti seketika dan meraba saku tepi seluarnya lalu mengeluarkan sebilah pisau komando. “…Aku akan berikan kau hadiah istimewa sebelum aku mengucapkan selamat tinggal pada kau”, sambungnya.

Sebaik saja dia menyudahkan kata-katanya, dia terus menusuk kaki kanan Ilham dengan pisau komando tersebut.

“Arrggghhhhhhh!!”, jeritan Ilham memecah kesunyian di taman tersebut.

Tidak cukup sekali, dia menusuk kaki kanan Ilham bertalu-talu sehingga darah membasahi seluarnya dan tar jalan di tempat letak kereta berkenaan. Setelah dia berpuas hati, dia bangkit meninggalkan Ilham dan tempat itu dengan segera.

Ilham sudah tidak berupaya memandang lelaki tersebut, jauh sekali hendak menahannya dalam keadaan sebegitu. Apa yang dia tahu, seluruh tubuhnya berasa kesakitan yang teramat sangat dan semakin lama. Lama-kelamaan pandangannya semakin kelam sehingga akhirnya dia langsung tidak sedarkan diri lagi.

Kementerian Pertahanan, Kem Bolkiah, 1000 jam.

Dia melangkah dengan perlahan menuju ke mess di dalam kem tersebut. Hari ini merupakan hari pertamanya bertugas di sana atas arahan pegawai memerintahnya. Dia meninggalkan Kem Muara buat sementara waktu sehingga tugas-tugasnya di Kementerian Pertahanan selesai.

Rasanya perutnya masih belum terlalu lapar. Masih boleh tahan lagi hingga tengahari tapi dia cuma mahukan kopi panas. Sampai di mess, dia mengambil tempat tidak jauh dari pintu masuk. Senanglah dia keluar nanti. Tak jauh. Sebelum itu, dia sempat mengambil senaskah surat khabar tempatan untuk mengisi masa rehat selama setengah jam itu. Dia membelek muka surat belakang surat khabar tersebut. Perlawanan bolasepak diantara DPMM FC dan Tampines Rovers FC di Clementi Stadium, Singapura berakhir dengan kemenangan pasukan DPMM FC. Segar matanya membaca berita tentang kemenangan pasukan kegemarannya itu. Dah nasib perlawanan tersebut diadakan di negara seberang. Kalaulah ianya diadakan di negara ini…hmmm! Memang dia takkan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri perlawanan tersebut.

Dia membelek lagi muka surat seterusnya sehinggalah sampai ke satu muka surat yang membuatkan dahinya berkerut seribu. ‘Pegawai polis cedera parah dalam satu kejadian disyaki kes jenayah’. Tajuk artikel berkenaan begitu menarik minatnya untuk terus membaca keseluruhan isi artikel tersebut. Setelah dia selesai membacanya, dia menghempaskan satu keluhan berat. Dia segera menutup surat khabar tersebut dan mengembalikan ke tempat asalnya sebelum kembali ke tempat duduknya.

Kopi yang dipesannya tadi telah pun sampai. Dia menghirup perlahan kopi tersebut. Mindanya masih berlegar mengingati berita yang sungguh mengejutkannya itu. Rasanya mungkin bukan dirinya saja tapi seluruh negara. Dia dapat merasakan yang penjenayah-penjenayah di negara ini sudah semakin berani bertindak agresif sehingga melibatkan nyawa penguatkuasa undang-undang.

Tiba-tiba dia teringatkan kes jenayah berprofil tinggi yang sedang mereka buru sekarang. Saat itu juga dia seperti mengesyaki bahawa kejadian yang melibatkan pegawai polis berkenaan ada kaitan dengan kes tersebut. Seingatnya, belum pernah ada kes-kes jenayah yang begitu berani seperti ini. Paling berani pun hanya melibatkan senjata tajam. Tapi yang ini? Pegawai tersebut disyaki ditembak di bahagian rusuk kirinya. Apa maksudnya jika sudah sampai ke tahap itu? Dan yang lebih penting lagi, dari mana penjenayah tersebut mendapatkan senjata api? Setakat ini, hanya kes yang mereka siasat saja yang terlibat dengan penyeludupan senjata api. Kerana itulah pihak tentera berganding bahu dengan pihak polis dalam menyelesaikan kes ini memandangkan ianya benar-benar boleh mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara. Ianya bukan setakat penyeludupan senjata api tapi lebih dari itu. Tamak dan rakus, itulah yang mendorong mereka melakukan kerja-kerja kotor tersebut.

Sedar tak sedar, kopinya sudah pun habis dihirupnya. Fikirannya kembali memikirkan maklumat yang didapatinya awal pagi ini tadi. Dia memang yakin. Teramat yakin yang itulah orangnya yang dia terserampak kelmarin. Yang gerak-gerinya nampak sungguh mencurigakan. Semalaman dia memikirkan tentang lelaki yang mencurigakan itu sehingga dia mengambil keputusan untuk melakar wajah lelaki itu di atas sehelai kertas.

Malam itu juga dia menghubungi rakannya yang bertugas di bahagian intelligence untuk meminta bantuan tentang lelaki berkenaan. Dia menghantar lakaran tersebut kepada rakannya melalui faks. Kebetulan rakannya itu ada tugas pada sebelah malam, jadi senanglah rakannya membantunya secepat mungkin. Itupun dalam jam 3 pagi baru dia menerima balasan dari rakannya. Rakannya hanya menghantar maklumat asas mengenai lelaki berkenaan tetapi tidak secara detail. Serabut juga fikirannya memikirkan maklumat yang sedikit itu kerana baginya itu masih belum mencukupi. Kerana itulah dia membuat keputusan untuk menyelinap masuk ke dalam pejabat IT awal pagi tadi. Berpandukan maklumat yang sedikit itu, dari situlah dia dapat membongkar segala maklumat yang lebih banyak tentang lelaki itu yang tersimpan di dalam komputer penyimpanan data-data rahsia di sebuah bilik dalam pejabat IT berkenaan. Tetapi dia tetap masih tak berpuas hati. Apa yang terjadi pada lelaki tersebut selepas pemecatannya dari pasukan polis? Adakah dia telah didakwa di mahkamah? Terlepas begitu saja kerana tiada bukti kukuh? Ataupun dia baru saja lepas dari menjalani hukuman yang telah dijatuhkan oleh pihak mahkamah? Kalau tidak, bagaimana dia boleh lepas begitu saja? Bahagian intelligence pun nampaknya seperti kekurangan maklumat mengenainya. Pening juga kepalanya memikirkan hal itu.

“Hei, Zan. Kau jangan nak mengelamun panjang sana tu. Pukul berapa lagi kau nak masuk ofis, ha?”, sergah seseorang sehingga menghancurkan lamunannya.

Dia menoleh kepada empunya suara. ‘Laa, dia rupanya!’ hatinya berkata-kata.

“Bila kau sampai sini?”, tanyanya pada rakannya yang menegurnya tadi.

Time kau tengah mengelamun. Tu lah kau. Lain kali jangan mengelamun sangat sampai geng datang pun kau tak sedar!”, bebel rakannya lagi.

Dia hanya tersenyum mendengarkan kata-kata rakannya itu lalu bangkit dari tempat duduknya, bersedia untuk meninggalkan mess tersebut.

“Okey. Sekarang kita naik ke pejabat. Kau jugak nanti bertanya pukul berapa lagi nak masuk”, katanya sambil melangkah menuju ke pintu.

“Kau jangan nak tinggalkan aku pula!”, laung rakannya lalu meluru kepadanya.

Dia hanya ketawa melihatkan telatah rakannya itu.

Posted from WordPress for Android

I See The Truth

I see the truth,
I see how the story goes,
I see the torture,
I see the fresh red blood,
I see the dying scenes,
I see people crying,
I see how the news are lying,
I see the predator,
I see the prey,
I see the thick gray cloud,
I see the bright explosive light in the sky,
I see the falling buildings,
I see the raging day,
I see the chaotic night,
I see the nightmare,
I see the division,
I see the separation,
I see the powerless innocents,
I see everything

But in the end,

I sense the glory of union,
When everyone understand,
When everyone crave for peace,
When everyone lend a hand,
When everyone realize,
Freedom is earned by every living soul,
On Earth,
In the universe

#pray4gaza #pray4palestine #pray4syria #pray4rohingya #pray4egypt #prayforgaza #prayforpalestine #prayforsyria #prayforrohingya #prayforegypt

Posted from WordPress for Android

Untitled Poem

Fear of love,
Afraid of passion,
A hundred pains,
Of a thousand years of waiting,
Could it be you?
Or an illusion that deceived the soul?
A loyal heart,
Bears the hurt day by day,
An uncertainty is overwhelming,
The rain drops off the gray clouds,
A sign that it’ll soon turn into drought,
With no more thunderstorm shaking inside the soul

Posted from WordPress for Android

Unholy Angel (Pt 2)

“You are not a human!” exclaimed the first, shoulder-length hair man whom now in his gargoyle-like form with a growling voice.

Floating in the mid air like a majestic phoenix rises from ashes, I look at him unshaken. I’ve been thinking all this time that I may have been destined to be a fearless creature. Fear not of everything. Even if the price is too high that will cost my own life.

“Who are you?” the bald man asked me. His sharp-like-needle pupil stare at me fiercely. Anger on his face, I can read it loud and clear.

I’m still silent. I’m too reluctant to speak. I hate people. I hate crowded. And for that reason, I hate talking to everyone. I just keep myself shut and ignore every question every person asked me.

“He seems reluctant to speak. Kill him, Azrak” the bald man is giving an order to one of his subordinates standing at his left, who used to be a flat-top hair, the tallest young man amongst them.

The man named Azrak is about to proceed when the first man told him to halt. The bald man is furious hearing the command. He turns to his fellow with a rage expression.

“How dare you to stop him, Gid’on??”. His voice sounds like a tiger groaning at its enemy. “That beast is a threat to us! He’s impure! He’s committing a sin!”. He pointed his finger at me.

“The beast may have some use to us, Modeshai”. The first man, Gid’on is trying to convince the bald fellow, Modeshai that I may have some benefit to them. A sense of tricky game is knocking my conscious mind. Are they trying to tear my life apart? Am I really a sinner? A murderer? Was it wrong to kill a man who tried to take my life away after what he has done to me? I still can’t remember who I am. But my instinct is telling me that I used to be a human. Yes, a human. But I remember none of the past.

“For what sake he has any use to us? Has God promised a sinner a mercy? Of any benefit to the believers?” Modeshai surfaced his protest against Gid’on. A rebellious creature like Modeshai cannot be tamed by a compromise. I see that in his wild, fiery pair of eyes.

My patience is at edge. I can be burst out anytime soon. Am I that worse that I can’t even have a mercy from The Creator? Do I not have a chance to repent? But…I want to know who I really am. Who is my real creator? I ought to find them; all about myself. And to reach my objective, I have to clear off these trashes. I won’t let anyone get in my way and ruins my plan. For that reason, I sharpen my claws and fly swiftly to Modeshai. In an instant, blood flows from the wound I’ve scratched at his left arm. He is bleeding profusely right now. Modeshai shrieking in pain that makes everyone turn their eyes to him and startled.

He stares at me without blinking and the wrath is poured all over his face. “God’s curse on you!!” he yelled at me. The whole place felt as if it’s going to crumble down at the second he yelled. With all his might, he flies speedily and is holding his acuate weapon on his right hand.

He rose his right arm, intended to cut me into pieces when I fly passed him and floating at his back side. Just in a second, I gave him another wound at his back. He roared like a thunder rumbling on the sky that the building seems shaking.

[To be continued]

Posted from WordPress for Android

Just Another Poem

The scent of enchanted dying,
Humming sound of praying,
Standing in an ocean of humans on Friday noon,
Singing in a mass on Sunday morning,
Has the red wine stopped from spilling all over the place?
Have the vampires stopped sucking every drop of it?
Burnt to ashes,
The place where they’ve slept during the moon on top of their heads,
And astounded by the strike of the sun on their faces,
Was no longer called a place,
And they’re becoming the gypsies,
Hunting down by the vampires,
Who are desiring their red wines

Posted from WordPress for Android

Just A Poem

Lost in our own feeling,
How can we not admit it?
It can be sweet;
On the other hand, it can be bitter;
But we still consume it,
Have we gone blind?
Have we not regretted of being hurt by?

You know,
My mind is still yet to lose all the memories of yours,
I could be wrong,
But I could be damned right,
Of logically assuming that you’re such a charming person,
To think that all of your body-languages,
Hold a secret sign that takes a thousand years to decode,
You’ve never said a word,
But your eyes, hands and lips did

I,
For once and forever,
Couldn’t take anything for granted,
I might say that you’re holding something in your soul,
But a proof is that all we need

Hold not a secret in your loving soul,
For it won’t come back to thee once it leaves,
Precious comes once,
The twice it comes, it won’t be the same

Posted from WordPress for Android